Tuesday, May 18, 2010

Superb Sunday : Part II

Pegh...semalam meeting lama giler!! We began at 3.30 pm, and adjourned at 5,45 pm?!! Mm..dah lame gak tak meeting lame camtu...sume muka tension & tired je..but it's ok, I think meeting goes well..

Meeting semalam, banyak gelak2 gak. 1 per1 agenda dibentangkan. And smpai 1 part ni, part cuti. hihi.. Chairman said, many of us will be on leave..which is in quite long duration in this coming June. Including me!! hihi.. She please everybody to talk via roundtable turn. Sampai je turn aku, sume orang dh bising2..hihi. Sume orang tunggu, sebab aku nak cakap pasal cuti kahwin ni. At the same, I took the opportunity to invite all of my colleagues to attend my wedding reception in Seremban. Bile? InsyaAllah, aku akan masukkan officially in my future entry.

Turn back to my continuation bout Super Sunday!! aha!
I stopped at fitting baju pengantin in shah alam rite? den rite after that, aku stret gi Subang Parade, nak husya new luggage. That is my 1st time bring along my pwincezz to go there...aku teringat, abang pernah beli bag kt situ, kedai banyak, n of coz pilihan pun banyak. Ya, mmg betul, memang banyak, tapi hasil takde..hihi..sebab? masih nak cari yang btul2 'reasonable' b4 beli. Its ok, my pwincezz pun rilex je. Nothing to rush.

Lunch???kat mane?? dr shah alam ke subang..n now?? ke mana?? ke nilai?? aha!! Jom sayang kite gi nilai square. Ada venue besh kat sane. Benda ni berpunca drpd sumber yang sgt2 boleh dipercayai!! hihi. From mama & kaklin. Kite gi 'IceRoom'. Actually, since last week my pwincezz nak gi situ, but out of time...so pending le.



IceRoom..green concept. Interior design dia 'hiiijaaauu' je sume. Menu?? priority is icecream. Macam2 icecream ade...n den plus western & eastern food le. Tu yang best tu!! I tink korang should come here & try. Once dh singgah nilai tu, gi beli kain ke, langsir ke, blh le gi IceRoom ni! Memang besh!!!



Our next destination?? rumah Chik Lemen. My pwincezz mata bulat tu dah rindu sgt ngn baby Ayumi Hamasaki dia. Mmg comel budak tu, sgt comel!! Bile dah jumpe, mummy ayumi hepi je bercerita pasal baby bongsu dia tu. I wish I can have baby like her..insyaAllah..

Hari dh makin petang, our trip not end here. Lepas ni aku akan proceed gi Kajang, nak amik baju kat DzulClassique. Mm...actually mcm dh lambat, sebab malam ni ktorang ada program penting. Tapi pwincezz said, alang2 dah lalu c2, so gi je. Tapi, tak bape best, sebab baju2 xsiap lagi. huhu. I'l make sure dis week, sume kna siap. Pwincezz? jgn lupe call kakak tu ye..hihi.


Ya..dah sampai pun ke penghujungnya. hihi...ape lagi, gi auditorium MBSA le, tgk Mentor live! Malam tu, turn Adi plak!! Dia dh cakap sikit preview persembahan dia. Tak saba gak nak tgk. Kitorang sampai lambat, n bcoz of that, aku, pwincezz mata bulat & nek ajja xdapat join fan2 Adi kt depan pentas, esp his family. Still happening!! still can shout!! He steal d show!! for me dia dah buat yg terbaaeekk!!

Well, it was a Superb Sunday for me...jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. haha!! (ade kena mngena ke?) This entry is quite long, I'm sorry...hihi..aku nak gi 'executive talk' japgi..wrap up!!

Monday, May 17, 2010

Superb Sunday!

Aha! dah macam BPL Super Sunday dah ni! hihi... tadi mata aku pedih...skang mere melek. Tau tak apa maksud mere melek?? ada sesapa org jaworld kat sini?? please please sorang jawab please! Mengikut kamus bahasa jaworld edisi ke 166, muka surat 61, mere melek bermaksud mata yang yang kuyu, dah macam nak tido...memang digubakan bila dah mengantuk. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila rujuk kepada waris2 jaworld di sekeliling anda.

Nak diceritakan, semalam adalah antara hari Ahad yang panjang pernah aku lalui. Bangun je pagi2, dapat msg daripada mama...
"Salam, dah minum? bilik pengantin dah lengkap. cuma nak hias je. Nt bila gg pndah rumah, tv yang kat rumah gg tu bawak balik ye. nak letak kt bilik adek kat belakang.."


haha! good news ni!! tapi masih belum mampu nak buat aku bangun dari tido pagi2 Ahad ni. hihi.. Nak tido sikiiiit je lagi. Dalam lelap dok terbayang, macam mana la bilik aku tu ye. Tak sabar siot nak tengok. Rezki Allah kurniakan, mama ayah dh tolong 'lengkapkan' bilik pengantin aku...Alhamdulillah. Thank you mama! ayah! Love u!! (quilt tak beli lagi?? pwincezz???tolong ingatkan B ye...)

Mesej daripada mama tu betul2 buat aku tersenyum dalam tido. Hilang 'keikhlasan' aku dengan tido ni. hihi. Aku terus bangun, dan terus refer 'diari minda' aku hari ni. Since takde black & white untuk list tentatif program hari ni, so rujukan terbaik ialah ingatan secara manual le. Ada 1 lagi, merujuk kepada pwincezz, tapi xmo kena marah sebab dah inform kat aku earlier. Kalau tak ingat & buat2 tak ingat, memang 'bestla'. hihi.

Pagi tu, aku, pwincezz & nenek ajja kena gi shah alam. For what? ya, misi menghantar Usu Jo, Nia & Lisa gi jumpe Adi & Ila before konsert malam tu. Mm...since dah selalu gi SA ni, terasa dekat je. On d way ke sana, tibe2 kak sya (wazira collection) call pwincezz!! ha? amik fitting hari ni?? kebetulan!! alang2 kan...boleh terus buat fitting.


Forward terus ke butik...mm..terkesima kejap dapat tengok dress resepsi untuk kat Kuching nanti. My comment? for me...ya..its perfect. My pwincezz's comment? kena tanya tuan punye badan sendiri...nak attach gambar, mm xleh, memang kena tunggu after our wedding. Alhamdulillah, aku pun dah tengok baju aku. 1st time, since amik ukuran...1 'pelaburan' yang dirasakan berbaloi. Tak sabar nak pakai baju tu. InsyaAllah, this coming 27th May, we'll make our final fitting & proceed to fly to Sarawak.



I assume this a gud start for another memorable Sunday..
I'll continue another part... c 'ya!

Silang kata hidupku...

Ya Allah...pedihnya mata aku hari ni. Mungkin ini 'seksaan' lantaran balasan diri yang degil taknak tidur awal. Kalau mom tau ni, mak esot ke, mak nia ke...huhu..mesti 'besh' kna marah. aha! Seriusly pedih. Maybe sebab 'morning sickness' aku gak nih. I mean...resdung sickness aku yang 'datang & pergi' tanpa sebab & penjelasan yang jelas pada aku. huhu.

Hari ni, Isnin...17 Mei..

Pantasnya...pejam celik, tarik hembus nafas, makan minum, langkah kaki kiri kanan, tekan lepas pedal minyak kereta, hujan lebat reda...masa terus berlalu. Kalau berjalan, nampak tapak kaki sendiri mungkin satu bonus untuk kita rujuk semula setiap langkah2 kita yang lepas. Kalau ada salah, kita dapat betulkan. Boleh padam tapak kaki ke arah yang salah, then teruskan langkah yang baru ke laluan yang baru. Tapi mustahil kan? Kalaupun berjalan di tepi pantai, atas pasir...tapi berapa lama benda tu akan bertahan? kelak 'musnah' gak dengan hadirnya pukulan ombak yang perlahan. Kalau tsunami? bukan tapak kaki je yang hilang...kita sekali 'hilang'...

Macam2 gak happen within last 2 days...good & bad..bad & good. Sebagai manusia biasa, itu lumrah, tapi bagaimana cara kita melalui sesuatu perkara or dugaan tu lebih penting sebenarnya. Aku amik peluang dalam entry ni, untuk muhasabah diri aku sekejap...atas setiap kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Maybe selama ni aku kurang sedar, sume itu boleh diperbaiki, n memang boleh diperbaiki...bukan untuk jadi sempurna, tapi sekurang2nya terbaeek untuk diri kita, kekasih atau bakal isteri kita, keluarga kita dan orang2 di sekeliling kita. InsyaAllah..

19 hari lagi...
Nombor ni akan berkurangan, bergerak dalam kategorinya yang berbeza, tetapi demi tujuan yang sama. Kalau dikira saat, nampak panjang 'perjalanannya'. Kalau dikira minit, jam..sama jua keputusannya. Aku perlu bersedia untuk menghadapi hari itu. 'Don't take things for granted'. Jangan ambil mudah, jangan terlalu positif, fikir secara optimis tentang sesuatu perkara. Aku sering diulang dengan kata2 tu, kalau tak berubah, kata2 tu akan diulang, diulang dan terus berulang...sampai aku faham. Peringatan untuk aku.

Doa aku...Harapan aku...
Agar dipermudahkan laluannya.. dugaan datang & pergi, moga dapat aku lalui sedaya dan semampu adanya aku. Allah aku ada untuk sentiasa memberi laluan yang terbaik untuk aku. Niat aku suci untuk memilikinya, terus menyayangi dia seumur hidupku. Izinkan aku untuk terus ada dalam hatinya. Hidup ini bagai 'silang kata'...yang perlu aku 'susun' sampai jumpa 'gambarannya' yang sebenar. Aku dah jumpa..cuma masanya belum tiba.

Jazakallah.

Friday, May 14, 2010

Adek ok!

Moning sume...(morning lagi ke ni?)hihi...
Yap morning lagi...
Now aku kat seremban, di teratak tercinta 365, Persiaran Rajawali, Taman Paroi Jaya.
Dah lama tak bercuti time 'weekdays' camni. Bangun2 je, mama ayah dah readykan break1st untuk aku. Teringat masa aku 'tanam anggur' dulu.hihi...
Nape aku kat umah skang ni?? Tbe2 je??
Camni ceritanya...
Mmm..smalam kat ofis, aku dapat msg Awan..
"Adek eksiden pg td. Alhamdulillah, dia takde apa2. Motor je teruk. Keta yang langgar dia blah gitu je. Tapi dia still pi sekolah ngan kawan dia, fizi. Motor ade kat rumah kawan dia tu.."
Aku tenang dalam bengang. Nasib baik adek aku takde pape, tapi yang bengangnye??!! orang yang langgar dia tu blah camtu jee??? Sabar je la aku. Nak buat polis report, adek tak cam no.plate kete tu...huhu. not gud not gud.
Dalam tenang jugak, aku risau sangat pasal adek aku tu. Ya, even he's ok, selagi aku tak jumpe dia, aku rasa tak sedap hati. Lepas tu, terus terfikir2 nak balik seremban. Cuti pun banyak lagi..so aku decide apply cuti sehari.
Since aku berpuasa semalam, aku plan balik seremban after berbuka with my pwincezz mata bulat & nenek ajja. Venue? Sate Hj. Samuri, gombak. Tibe2 je teringin sate, then I'v asked pwincezz and she said ok.
Teruuus forward...
Nak balik je seremban, my pwincezz le yang paling cedih...dia dah biasa bersama ngan aku, kalau nak gi mane2, memang aku takkan tinggalkan dia, especially kalau balik kampung aku. Lagipun ktorang dah plan untuk program this coming weekend baeek punya. Aku taknak dia amik cuti lagi, sebab dah 'park' untuk cuti kahwin. Cuti dia dah tak banyak. She's understand...petang nanti, B balik ye sayang. I mish u...
Apepun, alhamdulillah...adek ok, adek sihat, adek stil gi sekolah hari ni. Cuma ade bengkak2 kat bahagian kaki dia. Aku dah nasihatkan dia untuk buat further check up, just wondering kalau ade luka2 dalaman je. InsyaAllah, soon ya adek.
Motor...dah hanta w/shop. Teruk n banyak gak kna betulkan. Ayah pun dapat actual figure untuk recover motor tu. Quite high, but? kena betulkan jugak. Motor tu dah banyak berjasa kat aku, especially masa aku study dlu. Harap sangat 'karisma' tu akan kembali pulih seperti sediakala (kan dah kuar words kamus..hihi).
To adek, be carefull ya!
Now, aku nak amik adek kt sekolah!!
'Keje' yang dah lama aku tinggalkan..hihi.
Adek, I'm comiiing!!

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday Bro!!

Since yesterday...I'm trying to push myself to post this entry. I know I can backdated to yesterday, but I think its not cool la. Tak 'live' la kan. aha! Well, sekarang terasa lapang, I'v done my work (even incompletely done, means..ada lagi keje but not too urgent), complete my zuhor prayers...my hair still wet, alhamdulillah, segar rasanya.

Semalam...11 Mei 2010, birthday adek...Faidz Noor Shahidan. Sorry dek, bg'G tak dapat nak post entry ni semalam...I'm too bz bro. I hope that my wish (at least for now) yesterday still can make u smile..even there's no gift for u yet! hahaha!!

Rewind sikit msg daripada adek semalam...
"Tq so much bro..insyaAllah sume ok. hehe..in progress..huhu..hadiah?haha"
Aku pun gelak gak..haha!! dah agak adek akan tanye pasal tu.
Then I replied to him...
"Welcome. Hadiah??bg'G klu bagi hadiah..xmain 1 hadiah je. haha!! InsyaAllah, tunggu je la nanti. saba ye"

Ya..actually hadiah dah beli. I bought for him during lunch break wit my pwincezz mata bulat & nenek ajja. Special hadiah tu, kiranya 1st time la I bought something different for my beloved adek ni. Hope sangat dia suka. Adek, kalau baca entry ni?? jangan senyum lebih2 ya. Belum dapat, belum boleh senyum. hehe.

Mm...nak diceritakan pasal adek ni, ya..dah makin besar ni, makin manja ngan aku. Mungkin 'sejarah persahabatan' ktorang ni memang special kot. I was born in 1983, while adek in 1993. Beza umur kitorang 10 tahun. Aku ingat lagi, masa aku kecik2, aku penah cakap kat mama.."ma, gg nak adek...gg nak kawan...carila kat mane2..beli kat pasar ke.." hahah...bila aku ingat balik benda ni, owes akan buat gelak. Selalu jadi bahan kalau nak bercerita dengan orang. Tu menunjukkan kesungguhan aku yang nak sangat adek tanpa berfikir panjang dalam berkata2. aha!

Alhamdulillah...skang dia ada dengan aku. At the same time, I lost my title as a 'anak bongsu', and right after that...I'd crowned a new title..'bongsu tak jadi'..and still remain until now. When I look at him, ya..it just like I'm watching the 'duplicate' of Hadzizi Noor Shahidan. My family dah cop dia protege aku, and aku mentor dia. Because of that, aku selalu berpesan kat dia...apa yang baik, adek ikutla..adek amikla...apa yang kurang baik, adek tinggalkan, and jadikan yang kurang baik tu kepada perkara yang baik & lebih baik.

Aku bersyukur sangat ada dia dalam hidup aku. Syukur syukur & syukur sangat. Moga Allah berikan dia perlindungan dan kesejahteraan..di dunia & di akhirat..insyaAllah.

Notes for u adek..

"Adek..Happy Birthday Bro..its ur 17th. Tahun ni SPM, study rajin2, focus for everything that u have to do, give priority to ur study, n make it less for other things, tapi jangan terus tinggalkan, nanti tension, jadi gila xleh amik exam.haha. Kidding bro. Ok, I wish u all the best.. Kak Pwincezz mata bulat & I got a present 4 u, hope u like it, n promise me that u will keep it properly ya! Be a gud son, a gud bro, a gud friend for everyone who love u. I love u bro..Happy Birthday!!!"

Family Gathering (Part 2) : Chocolate Cake!!

Huhu...tepat 2.25 pm. Aku dapat gak mengadap PC tercinta, yang dah 3 tahun berkhidmat dengan aku. So far, PC ni ok je, masuk 'bengkel' baru sekali...kiranya tu kes paling terukla. Seminggu lebih masuk bengkel, and effect of that? many jobs pending.huhu. Heidi IT la yang banyak tolong aku masa tu. Tq Heidi!

Pagi tadi keje sangat banyak. As per email forwarded yesterday, I do have a meeting with my director at 8.45 am. Can't afford to have a break1st...I'm running out of time, and I'm just thinking to have some refreshment during a meeting. Aha! In other words? makan free le..hihi. Alhamdulillah rezki. I've been assigned as secretary for today's meeting. Suppose to be it will Firdaus turn, but suddenly he's late..so so so?? I'm the one to replace him..nnaahh..it's ok. I love to be secretary (yeah rite...).

Right after that?? teringat plak pasal summary report untuk 'talk' semalam. I have to send to CICD latest by 4 pm today!! no no no, kena siapkan cepat ni. Takleh tangguh2 dah. Talk bout topic yesterday, ya..many of us expecting different contents rather than what we've been heard & studied. "How to manage finance?". It was too technical & I think its just repeatable session for what I'm already attended previously. Anyway, its still a good session, the speaker was good & most important is? I already submitted my report..yay!

Aku sebenarnya still nak bercerita pasal family gathering last weekend. There's still 'unfinish business'..hihi. Last time I already talk bout steamboat...ya honestly sangat best, not just because of the menu that we had..but the moments which is involved everyone that given a big & postive influence into my life...ni yang paling besh. Alhamdulillah.

Ya..still in mother's day & advance birthday celebration. My sis, yang sangat superb comel, Edzlin Noor Shahidan, featuring Affiq & Athirah (my nephew & niece) dah siap pakai apron & bahan2 nak buat chocolate cake!! yay! best best!! Dah lama gila dia tak buat choc cake. Usually, she has a good track record in baking one of her favourite cake. Everyone has big expectations for her latest 'project', so kaklin? don't let us down. Aha!

Lunch already prepared by mama, and now all of us just waiting for the cake. I'm not sure how long it takes...but...ya, once it ready?? dap dap dap. sedap. This is the 1st time for my pwincezz mata bulat tasting the choc cake made by kaklin (peace sista). My pwincezz pun suka, and after this, hihi...pwincezz kena belaja ngn kaklin how to bake the cake ya? gud gud gud.


Overall...it's simple but perfect!! Really perfect for me & my family. Doesn't took much time and money to make everythings happening, but its enough by doing it from our heart..which is as long as we understand..what we call love among us..our family.

Tuesday, May 11, 2010

The battle begin...

Aku & pwincezz mata bulat dah bersiap nak gerak. Huhu..berpeluh2 aku mengemas. Angin mendung, tapi terasa bahangnya. Everytime balik weekend, beg kitorang mesti penuh. hihi...tu yang bila nak mengangkat masuk dalam kereta, pegh...boleh ganti exercise 2 hari. gud gud!

Jam kul 4.30 masa tu. Sepatutnya nak gerak lagi awal, tapi bila dah duduk rilex...siap main PS (penuh controller, sume noor brothers main, hahaha!!), yang pwincezz mata bulat plak, tengah layan 'foot massage' ogawa, baeek punya. Sampai dia terlena. Xmo kacau dia rehat, at the same time nak spend time jap wit abang, kaklin, awan & adek.

Aku & pwincezz plan nak singgah nilai square, nak pekena aiskrim kat situ...tapi masa xckup, then highway jam plak. So kitorang decide, untuk gi direct ke shah alam. Usu Sal & family dah tggu ktorang untuk 'serang' auditorium MBSA mlm tu!!! watch out guyzz!!

Ya, to summarise it...
I'm really enjoyed!! the concert was superb!! especially Ila's performance!! I ain't trying to be buyers here, but honestly..most of audiences said..she's the best..like I said..'yang terbaeeekk!!'...(pastu Ally ikut cara aku cakap...huhu). I hope she will keep her gud work!! I believe her family gave her inspirations, a looooot of inspirationss!! am i rite pwincezz?? and to be part of it, ya..its great!! Also thanks to Joe (memang gempak showmanship dia) & family...really cooolll!!


This week?? Adi's turn!!
Congrates Ila!!
Good luck Adi!!
InsyaAllah..we'll be there again...

Family Gathering (Part 1) : Steamboat!

Phone aku berbunyi...music 'dream catcher' menjengah telinga! aha! I've got message from Awan!!
"Dah booked for 14 pax at Cafe DZ tonite @ 8.30 pm. Don't be late"...

Gitula bunyinya...sounds to inform but at the same time its also as a reminder..haha, coz my pwincezz & myself still not reach home yet.

Jom rewind lagi cerita last weekend!!!

Aku dapat mesej tu while I was driving back to my hometown. Hujan agak lebat, lebat daripada biasa. Mmm...drive memang not more than 100 km/hour. For now on, Awan is officially assigned as a family's secretary. hihi... So any inputs that related to my family, he's the one who forward the info. gud gud!

Actually, program malam tu, is a family dinner...sempena meraikan Hari Ibu & birthday Adek (in advance). Venue? Kafe DZ @ Seremban 2. Mama & ayah's favourite place jugak ni. Tempat ni best, happening & paling penting?? tenang je...i mean..takdelah riuh & ramai sangat customer. Bukan sebeb makanan kat situ tak best, tapi sebab lokasi restoren tu. Kalau gi makan, especially untuk special event macam ni, kiranya ni pemilihan yang tepat la.

Menu kami malam ni?? yeah...steamboat!! whether nak makan with sup tom yam or sup biasa. Kalau aku...memang sume aku suka. Tolak batu ngn kayu je. hihi.. In gud words, alhamdulillah..takde allergic makanan, sume blh masuk perut.

Alhamdulillah...cukup corumn family Haji Shahidan malam tu. Dari anak2, sampailah ke menantu & bakal menantu, ditambah lagi dengan ragam cucu2 yang superb comel sumenya. Sampai je kat venue, dah terhidang 3 set menu yang di'order'. Memang terbaeekkk!! Perut yang dah dikosongkan (even tak berapa kosong), memang tak sabar nak makan. hihi... bila dah tunggu makanan yang dah ready atas meja ni, sebijik macam tggu waktu nak berbuka.. aha!

Forward masa makan...sampailah masa abis makan...

Alhamdulillah...sangat best & sangat kenyang. It's another great dinner for us. Untuk pwincezz, dapat dibayangkan masih ada resah di mata dia, sebab tak dapat bersama mom & family tercinta, especially for hari ibu ni...ya..bila dah makin besar ni, sebenarnya kita dah makin faham kasih sayang seorang mama or mom pada kita. Sebab tu jugak kita akan rasa makin sayang pada dia. Pwincezz, I hope my family..esp mama have cherish this wonderful moment with u. As i said, ya it isn't same...but always remember my family & myself will always there for u..insyaAllah.

Thanks abang, kaklin & awan for the dinner...
Mama...happy mother's day.
Adek...happy birthday. (wait for ur personal entry ha! coming soon)
Thanks u a'llz!!

Monday, May 10, 2010

Batu & Songket

Macam bunyi2 alarm aku yang lepas, lagu 'Falling for you' plak menyanyi pagi ni...tapi, takdela pagi sangat, sebab memang aku set nk bangun lambat sikit. hihi... Malam sabtu hr tu, of coz la tido lambat...ape taknya, aku teman my pwincezz mata bulat, wit her lovely bro (Mr. Boy) & fren (Mr. Edos), gi uptown..cari barang untuk biznez. Penat tapi best, sebab dapat jalan2 n barang2 untuk diri sendiri. hihi...Gud luck bro for ur biznez!!

mm...tu la cerita hr sabtu...8 May 2010...
jom kite rewind lagi!!hihi...

Aas my pwincezz mata bulat said...tentatif program hari ni, dah termaktub di bawah Akta Sofia 2010, Seksyen 6 (16), kita kena gi Jalan TAR untuk melaksanakan misi 4 perkara. Apa perkaranya? sila layari blog http://zsqueenbee.blogspot.com/ untuk maklumat selanjutnya. hihi. Tapi dalam 4 misi tu, 2 daripada 4 setel. Sebenarnya, benda yang membataskan kitorang untuk lengkapkan kesemua misi tu ialah masa. Bila dah terkejar2, so that takleh nak mencari & memilih betul2. Don't worry, insyaAllah akan ada masa lagi lepas ni. Jadi macam masa nk bertunang dlu la...rasanya peniaga2 kat jln TAR tu dah kenal kitorang kot, sebab omos every week ktorang gi situ. hihi...well, its fun what!!

Bercerita pasal 2 misi yang berjaya tu, ya...
  1. letak batu kat baju mom
  2. beli samping untuk nikah

Alhamdulillah...puas hati dengan perlaksanaan misi ni...sangat puas hati. gud gud. Kalau baju mom, sebenarnya kepuasan hati yang sebenar2nya, hihi kena tunggu feedback mom le. So my pwincezz hakikatnya tengah dup dap dup dap tu. Well mom, i think we've chose d best for u! Thanks untuk Aunty Korean yang dah 'ironkan' batu2 tu sume..luk nice aunty..gud gud! sape yang pilih batu2 tu? my pwincezz ler..

Thanks untuk Teh Songket Collection...pilihan kat situ memang tak pernah mengecewakan. Since first time lagi, when my brother introduce me wit kakak 'teh songket' tu, ya...alhamdulillah, sampai skang dia ingat...& aku ngn pwincezz ingat kedai tu sebab banyak giler songket yang cantik2...& most important thing? ada special price..hihi. Pilihan memang banyak, tapi yang penting pilihan kami, tetap yang terbaaeekk di mata kami. So far, sume orang setuju dengan kenyataan ni. aha!

Even ada misi yang tak berjaya, I would like to forward my enjoyment to my pwincezz mata bulat, bcoz of her determination. hihi. I love u...

Mm..family kat seremban, dah tertanya2, balik ke tak aku & pwincezz ni. Of coz, insan yang paling risau mama & ayah le. Ya..hujan lebat, traffic terganggu sikit. Perjalanan dirasakan sangat lama, tapi alhamdulillah..sampai jua akhirnya. Tengok wajah ayah & mama, buat aku rasa tenang selalu..magisnya ayah & mama untuk aku...

Sunday, May 9, 2010

Tribute to Pn. Hajjah Marlingah Jiran : I love u mama

Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Hari ini...9 May 2010...satu lagi episod Hari Ibu yang dah tertulis dalam kelendar, yang jatuh pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan May. Takda apa yang lebih happy melainkan dapat bersama mama tersayang. aha! Mama dilahirkan pada 7 Mac 1952, di Kampung Sg. Mahang, Batang Benar, Nilai, Negeri 9. Berketurunan Melayu Jaworld!hihi...bersama keluarga serba sederhana tetapi sempurna...

Mama seorang yang sangat penyayang, penyabar...and macam2 lagi kata2 indah dan pujian buat mama. Sometimes takda kata2 yang mampu diungkapkan buat mama, cukuplah sekadar dia adalah yang terbaik dalam hidup buat insan2 sekeliling yang menyayangi dia.

Ketabahan mama, sejak melahirkan Noor Brothers (my siblings,hihi), tahun '77, '79, '81, '83 & '93...bukan satu tugas yang mudah. Teringat masa aku sekolah rendah dulu, aku ni jenis yang pemalas sikit, & tak suka gi sekolah. hihi... Masa tu aku sekolah petang. Aku sorang je, and the rest sekolah pagi. Sampai je bas sekolah kat depan rumah, aku terus menyorok. Paling best? sampai konduktor bas tu turun kejar aku dalam rumah, semata-mata nak tolong mama & suruh aku gi sekolah. aha! Kalau nak dibayangkan, memang kelakarla..tapi, tu la aku dulu, suka gak menyusahkan & buat mama aku marah. Bila mama suruh gi kedai, beli barang...selalu je aku mengelak, & gaduh2 ngn awan (my 2nd eldest bro), buat mama aku selalu membebel & pening fikirkan pe'el kitorang ni.

For me, mama also 'bionic' woman...mama sanggup bangun pagi2, seawal 5 pagi rasanya, semata2 nak masak, untuk breakfirst & lunch. Dulu pernah ada orang gaji, untuk jaga aku...yela, takde sape nak jaga umah...tapi tu la, maid pun silih berganti, aku sendiri tak tau kenapa, nak kata aku nakal? biasalah budak2 kan? tapi comel wat? gud boy tau..haha!! since takde orang yang boleh masakkan untuk lunch aku, mama la yang terpaksa buat semua tu. Mama masa tu berkerja kat Pusat Latihan Kemas (PLK) Petaling Jaya. Means, hari2 mama terpaksa ulang alik, hari2 camtu. Syian mama.

Since mama melahirkan adek aku yang bongsu, which in '93, mama terpaksa berhenti kerja..sebab? my bro tu la, tak leh minum susu botol. Asyik nak susu 'gantung' je. Mama takda pilihan masa tu, even mama sangat sayangkan kerja dia masa tu, tapi sayangkan anak yang lebih dia utamakan. Tu hanya 1 contoh je, yang menggambarkan pengorbanan mama pada anak2nya. Mama cakap, kehadiran adek ni jugak, 1 hikmah...even dia terpaksa tinggalkan kerja dia, pada masa yang sama, dia dapat luangkan lebih banyak masa untuk keluarga. Fokusnya, hanya ada 1, iaitu pada ayah & anak2nya yang tercinta.

Hari ni...bila dah makin besar, aku rasa aku makin manja dengan dia. Aku makin sayangkan dia. Cuma aku tak tau samada aku mampu atau tak untuk membalas segala apa yang dia pernah buat untuk aku. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku tinggikan suara aku pada mama, dan aku taknak ingat sebenarnya. Dalam hati aku skang, hanya untuk buat mama sentiasa gembira. InsyaAllah...
Kata2 buat mama...

"Mama, anak2 mama dah bertambah...5 sediada, tambah lagi 2 org menantu..dan insyaAllah...3 minggu lagi, mama akan dapat sorang lagi menantu...pwincezz mata bulat nama dia. cucu? sediada 3 org, akan datang...2 org..akan datang lagi? hihi..ikut kuantiti, kasih sayang akan bertambah. Ikut kualiti, kasih sayang akan makin dalam. GG doakan, semoga mama panjang umur, dimurahkan rezki, diberi kesihatan yang baik, dikurniakan kebahgiaan yang tiada taranya...GG sayang mama...sangat sayangkan mama...Selamat Hari Ibu..Pn. Hajjah Marlingah Jiran.."