Showing posts with label seketika melihat diri.... Show all posts
Showing posts with label seketika melihat diri.... Show all posts

Monday, October 14, 2013

love..inspiring...

bismillah...

“You can talk with someone for years, everyday, and still, it won't mean as much as what you can have when you sit in front of someone, not saying a word, yet you feel that person with your heart, you feel like you have known the person for forever.... connections are made with the heart, not the tongue.” 


“We have to allow ourselves to be loved by the people who really love us, the people who really matter. Too much of the time, we are blinded by our own pursuits of people to love us, people that don't even matter, while all that time we waste and the people who do love us have to stand on the sidewalk and watch us beg in the streets! It's time to put an end to this. It's time for us to let ourselves be loved.” 



Thursday, April 18, 2013

5 minit lagi

5 minit je lagi...
sebelum aku menutup pc ni, thumb out n blk rumah...
inilah rutin harian aku...5 kali sehari...

dalam 5 minit yg tggal ni jgak...
xde ape yg terlintas di fikiran melainkan hnya nk jot down smthing kt blog ni

aku berharap...blog ni akn terus menghidang cerita, atau ape saje nota yg positif dan berfaedah utk sume followers dan silent readers (ade ke? haha) di luar sana...
hrp jgn pernah bosan utk menjenguk blog yg sederhana ni...

ya..kejap ade kejap xde..
kejap update kejap outdated..hehe..
tu lah resam bile berblog ni...
yg pastinye...bukan hnya tggu isu yang tiade faedah di sekeliling
baru terlintas nk mengata sesuatu di sini..oopss..

apepun,
dlm 5 minit ni jugak...
aku tetap bersyukur utk setiap perkara yg berlaku di sekeliling aku
ape yg kurang...lemahnya dtg dr aku sendiri...
ape yg lebih dan hebat...kurnianya dari Allah yang Maha Satu..
aku perlu selalu ingat tu

ok, masa 5 minit dah abis..
in shaa Allah, ade umur yg panjang...
kelak kita jumpe lagi ok?

jazakallah.



Tuesday, March 19, 2013

Hikmah di sebaliknya...

aku pernah berkata...pernah berfikir...
mungkin kehidupan aku akan jauh lebih baik dr hari ni, 
andai satu masa dulu...pengajian aku tak berhenti sekadar 3 tahun sahaja..
kalau la aku teruskan teruskan dan teruskan lagi...hmm

aku pernah cuba sesuatu yg di luar kebiasaanku..
kebiasaan drpd apa yg aku biasa lakukan dalam hidup
pada mulanya semangat berkobar sehangat api
tapi ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan lebat tak berhenti lalu bah di tengahari

taknak jauh sangat ke belakang
terus lompat ke hari ni
klu nak throwback sikit lagi pun
mungkin suka untuk aku singkap kisah 4 minggu yg lalu

isteriku mula berkata...
mungkin kita boleh usahakan sesuatu yg baru
demi keluarga dan masa depan katenyee...
mungkin kita boleh berniaga...
jual ape yg kita suka buat, apa yang org suka makan...

taknak jauh sangat lagi
kembali ke hari ni...yang nyata bukan mimpi
hari ni...tampak ape yg kami mulakan dulu menjadi semakin baik
sudah mula diterima oleh org2 sekeliling...

alhamdulillah...
biar sedang hasilnya, asalkan berterusan, mudah2an makin luas jalannya..makin luas pintu rezki itu terbuka...

buat isteri, sahabat2 iaitu kamu kamu dan kamu...dan keluarga yg tersayang..
terima kasih utk sume ini..
mungkin ini hikmah yg Dia berikan utk kita suma di sebalik setiap kelemahan dan kekurangan...

jazakallah...


Wednesday, March 6, 2013

Tanda Tanya

bila agaknye sume ni nk berakhir?
dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain..
asyik ditangguhkan sahaja...

hampir 365 hari usianya, sejak kali pertama aku dgr khabar angin ini
tp hingga ke saat ini, keadaan masih sama..terus bertanda tanya

belum abis isu sedia ada dibahaskan
muncul pula isu lain yg lebih hangat dan segar
apapun puncanya, jangan hanya terus tuding jari kepada sesiapa
cukuplah sekadar tanya pada diri apa silapnya...

tapi yang nyata
masanya hampir tiba
kali ni tiada ruang lagi untuk mengelak
usianya dah cukup matang dan masak sekali
kalau tidak melalui laungan kata-kata
ia termaktub dalam perlembagaan negara..
ya masanya hampir tiba

peluang dah diberi
tanggungjawab dah ditunaikan
terima kasih atas segalanya
aku menerima tak semesti aku harus memberi
tapi yang pasti, aku akan terus memelihara amanah pada diri sendiri
untuk terus mengerah segala kudrat sebaik dan seikhlas yang mungkin

aku mohon perubahan
aku harap pembaharuan
klu ada yang bertanya "kenapa perlu berubah?"
aku akan jawab dengan soalan "kenapa tidak boleh berubah?"

tanda tanya, akan berakhir suatu hari nanti.

jazakallah.

Friday, March 9, 2012

Refresh!

as salam...

since i came back from the outreach programme in kelantan for the last 4 days, its been hard to tune back to my normal life. those effects from that long landed journey had brought me thousands words and feelings to share via this channel.

no more vacas, no more holidays, no more space needed to readjust all the important things for me to do, as i heard from someone who told me, please be more proactive and respect the time usage plus commit with the dateline for any task to be done. yes i do!!

so, to myself...i'm saying to myself,
please refresh!
this month of MARCH, i have many significants things to do..serious!
refresh needed immediately!



Thursday, January 19, 2012

Dia,Mereka,Kita...

As salam pembuka bicara.

Meh sini, cerita padaku apa sebenarnya berlaku
Jangan segan jangan malu, luahkan segalanya wahai puteriku.
Daku ada untukmu, selalu ada, takkan pernah beralih walau seaat waktu
Setia di sini, menjadi pendengar setia dan sentiasa teguh untuk dirimu

Itu ini begitu begini
Pelbagai cerita dihikayatkan sang muda mudi
Bermacam kisah dicanang kepada seluruh isi duniawi
Lantaran yang terdusta dan pendusta terus diperdaya hingga ke akar umbi

Hiba di saat penceritaan dan meluah rasa
Lebih sadis ia atas punca insan yang pernah bersentuh telinga
Sampai bila katanya kisah itu dan kisah ini mahu menghentikan roda
Selagi tak sampai destinasi nescaya letih tak terasa

Tangisan demi tangisan ditambah penyesalan
Bak lagu indah beribu sesalan yang terngiang2 di ingatan
Diri makin lemah rasa nk ke bumi dihumbankan
Masya Allah cube sabar dan tenangkan keadaan

Hati terusik melihat insan tersayang sedemikian jadinya
Mustahil kubiarkan dia terus rebah tanpa kata-kata
Ku tegas berkata dalam sopan, beri semangat berserta doa
Allah SWT sangat kasih dan cintakan setiap insan yang bersaar adanya

Konklusi tiba
Titisan dan hingusan bagaikan sudah kering dimakan cerita
Seiring kata-kata iya tanda setuju untuk bangun semula
Bersama aku pantang untuk biarkan dia begitu sahaja
Nyata kasih dan cinta aku pada dia setiap masa
Hingga ke hujung nyawa...

Ya Allah, restui kami...
dan restui insan-insan yang menyayangi kami, selalu bersama kami
susah senang bersama kami, suka duka bersama kami
yang jauh yang dekat, tiada beza kerna tetap dekat di hati
ikhlaskan diri sendiri, sematkan ketulusan dalam sanubari
bahawa ukhuwah ini, akan terus bersamadi...abadi.

Jazakallah.




Thursday, January 12, 2012

More than words

masih terngiang2 lagi kata2 seorang insan hebat
mula2 satu pertanyaan...
bagaimana itu,bagaimana ini...
apa perkembangannya...
sumenye kata berbentuk pertanyaan...
?????
dengan tenang dan senyum..
lantas aku menjawab dengan hati yang gembira
kenapa?
sebab mungkin apa yang aku cakapkan ini
perkara positif yang mungkin beliau nak dengar...
maksud aku,mungkin ini harapan beliau...
tapi benar ke?
lalu beliau menjawab...
mengharap sumenye akan berjalan lancar dan baik
"memang hasrat ayah nakkan anak2 ayah ada tempat tinggal sendiri sebelum umur 30 tahun, tak kiralah rupa mana asalkan mampu. tapi tak da lah ayah ckp kan..ayah takde apa nak tgglkan utk kau org sume..."
allahuakbar..
tibe2 hati yang keras hnya nampak di luar sahaja,
nyata aku terharu n hiba dengan kata2 itu...
aku rase menyesal sbb tak merancang 'impian' ni dr usia muda..
kalau tak, aku dah blh capai hasrat ayah..mungkin lebih awal lagi...
insyaAllah...berkat doa ayah mama...mom pap...ape yg mustahil pasti dpt dilaksanakan.
doa mereka, sangat magis mudah2annya...
aku,akan terus berusaha.
jika ini rezki buatku dan keluarga...kun fa ya kun.



Wednesday, January 11, 2012

Masih di awangan...

subuh tadi aku bangun,
kerjakan apa yang wajib...
suasana tak seindah biasa
kenapa ye?
mungkin ade perkara yang tertinggal...
melihat isteri dan anak yang masih lena..
menenangkan kembali gundah di dalam hati.
nak aku bisikkan pada mereka berdua,
maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku.
buat aku rasa lebih tenang..
selalu.

Friday, November 25, 2011

15 minutes more...

umm...15 minit lagi nak break...
ya,tanpa sedar..hari ni jumaat terakhir untuk 1432 Hijrah..
tertarik dengan tweet seorang rakan (rakan ye tak??padahal follow dia jerr..)


benar kan...
moga jumaat terakhir ni beri sesuatu yang positif pada kita sume..
tak kisah lah dalam ape care skalipun...
pastikan, ape yang kita lakukan..adalah positif..positif dan positif.

insyaAllah.


Friday, October 7, 2011

New world

alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 Nur Danish Aniq bersama keluarga kat sini...seremban, bersama atuk, mamawan, paklong, maklong, aunty elle, awan, aunty non, dan acu...n oso same gos wit abg affiq, kak thiwah, alesha, aydin n aufa...

alhamdulillah, pd mulanya...risau jugak takut peralihan tempat dan suasana akn bagi kesan pada baby Danish, tp makin hari makin baik. nak diganti masa, mgkin atuk dan mamawan tak puas nak bersama Danish, tp insyaAllah akan selalu ada masa yang terluang untuk Danish terus bermanja dgn keluarga di sini.

within this 4 days jugak, aku berulang dari seremban-kl-seremban. hihi...ok saje. dah biasa..bangun pagi, sampai umah lambat. everytime tengok jam..huhu..rs tak saba saje nak sampai 5.30 ptg. nak terus cabuuut blk seremban. so far alhamdulillah...trafik cuuun saje dan mngizinkan aku sampai umah mama ayah cepat drpd biasa.

nyatanya...setiap ape yang berlaku dalam hidup aku sekarang...mmg tiada yang sempurna, tapi cukup lengkap untuk aku dan keluarga seadanya. takde ape yang aku harapkan selain kebahgiaan untuk aku, isteri dan anak kesayangan. aku hanya ada mereka sejak dr mula...tiada kisah selain daripadanya. cinta aku pada mereka makin hari makin mekar adanye, dan tiada apa dan tiada sape selain mereka.

aku mohon, jangan ade gangguan atau anaser yang tidak diundang, yang cuba menganggu gugat keharmonian yang ada dan bakal ada. jauhilah dari hidup kami bertiga dan family2 kami yang tersayang. Kau terus curahkan kasih sayang dan keikhlasan antara kami semua...berkati hidup kami hingga akhirnya. pergilah gangguan itu..pergilah anaser itu...izinkan kami terus bahagia di bawah redha Allah sentiasa.

jazakallah...

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan...

hari ni perjalanan hidup aku seperti biasa..bangun sahur...tidor..bangun..mandi...solat..siap2...gi work!  ya, tu rutin pagi. dan rutin ini akan diteruskan untuk hari2 seterusnya. bezanya?? rutin harian ni aku lakukan without my pwincezz mata bulat by my side. dia gi mane ye? huhu...gi mana dia..mmm...

Ya Allah...jap jap...lupe..dah masuk hari ke 11 Ramadhan, tak berkesempatan nak ckp...selamat menjalani bulan Ramadhan yang mulia..dan selamat berpuasa kepada sume.. huhu..i hope it is not too late.. ya lately ni sangat sibuk dengan perkara2 peribadi, penting plak tu..tapi alhamdulillah dpt dijalani dengan baik.

tahun ni tahun kedua aku berpuasa sebagai seorang suami. ya sejujurnya setiap org mahukan insan2 yang dia sayang untuk berada di sisi. kalau dulu masa bujang, i mean masa muda2 remaja dlu, duduk ngn mama ayah...blhla mama yang sediakan..but not now..not anymore..hihi..sape yang amik alih?

isteriku Zarith Sofia Zolkipli...ya, nyata dia jauh dari mata, sedangkan masa2 lain pun aku tak tentu blh hadapi stuasi ni..inikan plak masa bulan ramadhan...ya Allah rasa syahdunye...nk diingat balik masa tahun lepas, kurang atau lebih pun juadah berbuka kami ms tu..syukur, sedap dan kenyangnye dapat dirasa. alhamdulillah...

untuk little man daddy..Nur Danish Aniq..huhu...daddy slalu terbayangkan bila Danish menangis tengah2 malam..pujuk pujuk pujuk, tengok jam, laa..dah waktu sahur..hihi..no need alarm, coz Danish daddy dah ade. i really miss that moment sayang..

Ramadhan kali ni...aku yang seorang suami dan kini juga seorang ayah...nyata sepi tanpa mereka. tak henti2 tengok kalendar, bila hari dan tarikh untuk kami sume bertemu semula...moga dipermudahkan sumenye..insyaAllah.

i miss u both..mmuahhh!


Thursday, May 12, 2011

Good things to remember...

1st of all, alhamdulillah...diberi peluang untuk bersama beliau dalam sesi motivasi semalam...

petikan kata2nya yang menarik,

selalu senyum, pasti bahagia
majlis ilmu adalah taman syurga
seronok untuk buat yang terbaik,
klu kite sedar yang kita akan mati bila2 masa
selalu bersyukur kepada Allah,
selalu berterima kasih sesama manusia
airmata ibu akan memadamkan api neraka
yang akan membakar diri kita
cara terbaik untuk ingatkan diri sendiri
adalah dengan mengingatkan orang lain,
untuk bahagiakan diri sendiri, kita bahagiakan orang lain
jadikan setiap hari adalah hari yang terbaik,
kerana itu mungkin hari kita yang terakhir
kepenatan kita bekerja akan mencuci segala dosa
orang yang 2 hari berturutan tidak berubah,
pasti menuju kegagalan
orang yang tidak berubah, umpama sudah mati sebelum mati
bila kita ada masalah, berpunca dari hati yang tidak bersih, berfikiran negatif...
setiap orang perlu belajar untuk tidak mencari kesalahan orang lain
sentiasa berdoa dan berniat untuk selalu ceria dan bersemangat
memaafkan sume orang sebelum kita tido setiap malam
programkan minda kita dengan perkara positif sebelum kita tidur setiap malam...
kita perlu perbaiki hubungan kita dengan Allah,
maka kita akan dapat perbaiki hubungan kita dengan manusia

terima kasih kepada...
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

jazakallah...

Tuesday, May 3, 2011

Ini yang ke4...

masyaAllah, hampir terlupa...tapi nasib baik teringat. huhu...apepun, yang pertama sekali, syukur dan syukur sangat...

hari ni...genap ulangtahun yang ke4 aku bersama matrade. alhamdulillah, rezki aku masih di sini. buat masa takkan berubah, masih di sini, dan insyaAllah, akan terus di sini selagi hayat dikandung badan.

nak dikira angka, since 2007 -2011, nampak macam kejap je kan...n then bila aku lalui sendiri, ya...kadang rase kejap, kadang rase lame...apepun kadangnya, yang tak pernah berubah, matrade masih di hati.

teringat masa 9 bulan tanpa kerja, ye ke 9 bulan? pegh! blh tahan lameee!! ye..9 bulan...dalam masa2 tu, tak pernah bosan menghantar resume dan mengisi borang mencari keje. terfikir jugak masa tu, mampu ke aku dapat keje dengan kelayakan yang ade ni...aku bertanye, aku jugak yang menjawab...insyaAllah...kalau ade rezki, tak ke mana...

berkat bantuan seorang sahabat baik (tq so much!!!), dapat satu info menarik ade keje kosong kat desa pandan. wa? kl! jom try! alamak? tak ingat la plak actual post..huhu..admin executive? ya...betul2...company bumiputera, 100% melayu...trading company...cantik ofis tu..alhamdulillah, i'm proud to be part of this company..

taruhannye??aku kena berulang tiap2 hari dr seremban ke desa pandan...mm...entah,  tak terasa susah plak, sabab aku nk sangat keje ni...hihi..

6 bulan dalam keje tu, memang best sangat!!byk pengalaman baru, kawan2 baru...serius best...tapi...jodoh tak panjang...mm ade rezki lain plak menanti...

ya...3 mei 2007, di sinilah destinasi...jalan duta, off jalan khidmat usaha, 50480 kl, menara matrade. waa!! sangat cantik menara ni! lepas aku lalui 3 or 4 peringkat, alhamdulillah...aku diterima untuk keje kat sini...nak dikisahkan ceritanya, mm...mcm2 cerita...keje best, kwn2 best, dapat jodoh pun kat sini gak..hihi...kuasa tuhan namanye...

untuk ulangtahun yang ke4, alhamdulillah, aku bersyukur sangat masih diberi peluang untuk terus berada di sini. dan mudah2an akan terus berpanjangan, dan secara peribadi, doa aku, kerjaya aku akan terus berkembang..cabaran baru bakal menanti, harap aku dapat lalui dengan baik...lebih baik drpd sebelumnya...demi diri sendiri, dan keluarga yang aku cinta...

jazakallah.

Friday, April 22, 2011

Luar biasa..

alhamdulillah...dah sampai hari jumaat..even jumaat ni dah setengah hari, syukurnya sepanjang masa tiada tara dan tiada had masa.

hari ni, pagi2 lagi dah ade temujanji dengan ilmu. aku hanya dipisahkan beberapa hari je lagi untuk berhadapan sekali lagi dengan ujian penentu kerjaya aku. aku tak pernah rasa lelah even tipulah aku katakan aku dah banyak kali mengeluh. tapi bila difikirkan balik, keluh kenapa? keluh atas kelekaan diri sendiri? muhasabah.

ya, semangatnya kali ini luar biasa sekali. dugaan malas tu akan sentiasa ada dalam diri, tapi kalau rasa nak gagal lagi, silalah tidor tiap masa tanpa ulangkaji. tanya lagi, nak ulang lagi ke? kalau xnak, get smart bro. kalaupun xde rezki nak lulus sume, at least 2 per 3 dah dalam genggaman. lazimnya, target harus tinggi dan ia tak mustahil sama sekali. insyaAllah kali ni, aku nak pass sume sekali.

luar biasa jugak hari ni, dewan solat masjid wilayah sesak awal drpd biasa. aku rasa aku awal hari ni, sbb tak abiskan masa kt selera duta atau bazar menjamu selera, tapi hari ni mmg luar biasa. maybe sebab utama, jemaah dah sedia ambik tempat, nak bersama imarahkan kehadiran tetamu istimewa, imam daripada masjidil haram...sangat bertuah hari ni, beliau telah membaca khutbah dan sekaligus mengimamkan solat jumaat hari ni.

di sebalik kesesakan tu, luar biasa jugak, sebab ternampak kelibat pengetua af9, hihi...mr amy search. sgt smart berjubah putih. itulah dia sekarang...hijrah? (dah lame dah) mungkin itu yang frasa yang terbaik.

jumaat hari ni masa ade beberapa jam je lagi..nikmati selagi ada...

jazakallah.

Thursday, March 17, 2011

Mommy Notty

since i've known her for the past 3 years, a lot of names has been existed. haha...i donno, it just the way how we knowing each other, make it differents n things to talk...mm ya.. 

just name it, zarith? sofia? fia? mumy? sayang? pwincezz mata bulat? banyak kan...n i think, more to come, hihi...

but the latest...i use to call her...mommy notty.. why? ha! ya, its been 4 months ++ of her pregnancy, usually, orang akan cakap preggy lady ni akan makin manja, lazy2, moody2, kan kan kan? which is sume tu dah ade dalam diri my pwincezz mata bulat before dia preggy lagi...hihihi, so bila dah pregnant ni, kesemua sifat2 kt atas tu akan di++ lagi..

so mommy notty use to be my feveret for this time being, coz...sometime, my pwincezz ni degil (degil manja), takmo minum susu before tido..but now seems better, hihi. then, mau wakeup lazy2...but now seems better gak...mm, kalau makan? ha...yang ni masih lagi...comot2 skit, especially bila makanan or minuman terkena kat baju...hihi. ya, it seems not relevant kan, bcoz of little reasons je, just for fun! but this name xleh panggil selalu, nanti my pwincezz muncung, hihi...

ya honestly, its fun to be part of this...once we stepped another stage in our life, it able to make us as a better person. never take it as a burden, probably it will be harder to face. n at the 1st place, dont even think it as a burden, even a second!!

ini adalah satu amanah, tanggungjawab...yang tak perlu dipersoalkan, yang tak perlu dikeluhkan. lets make it fun along the journey, with understanding, encouragement, positive spirits, corporation, toleration, and love...

even she is my mommy notty, but soon, she will be a good mother for my baby, insyaAllah...

Monday, March 14, 2011

As Salam

terima kasih atas email daripada seorang sahabat yang saya terima hari ni...yang berceritakan tentang ungkapan assalamualaikum...

mungkin sebelum ni kita biasa dengar mengenai penggunaan a'kum bila nak hanta msg pd kwn2, dengan tujuan nak memendekkan ejaan sebenar perkataan itu, namun ia adalah salah di mana maksud a'kum itu sendiri adalah gelaran utk orang2 yahudi yang bermaksud binatang.

ok, yang tu dah lama, dan dah makin jarang orang gunakan, melainkan kite sendiri terlepas pandang atau buat2 tak tau je mengenai fakta ni. tapi untuk yang skang, atau saya sendiri yang terlambat untuk utarakan fakta ni, hihi...penggunaan salam pun dah tak sesuai utk kita gunakan...sebab maksud salam tu ialah selamat tinggal...

so, mungkin ada lagi input2 lain yang boleh kita cari sendiri untuk mengetahui tahap kebenaran fakta ini, tapi bg saya sendiri, kita harus pilih ape yang kita dah baca n tau terlebih dulu...dan untuk kesilapan sebelum2 ni pun berdasarkan fakta yang kita terima masa dulu. tak mustahil, fakta hari ni juga boleh berubah...tapi harapnya tidak...

konklusinya? ucaplah assalamualaikum, atau as salam sambil tersenyum...

Sunday, March 13, 2011

Immediate update?

actually, xdela immediate sgt, but stil aku rs...cepat gak la kan...hihi. since dah terlibat dgn twitter (ade sesapa yang kata aku lambat, mmm do i care? hihi..), sangat teruja nak update keadaan semasa or sharing2 cite sesama kita.

ape yang aku nak update skang? ya!! kaki aku sakit...sgt sakit skang ni...huhu..berbekalkan hnya 'flainil' dan bandage amatur aku ni...huhu terasa makin sakit. seriusly aku terlupa nak makan pain killer before kuar umah tadi...n now? rasekan penangannya....

lokasi semasa, mm aku skang dekat seksyen 17, shah alam. duduk di bawah pokok redup, dan kdang2 ditemani angin sepoi2 bahasa, dn kadang2 terik matahari.. pilih yang mane satu sedap? angin or terik mentari?... mmm...pwincezz mata bulat dalam clas skang, hope everything will be fine, esp keadaan dia n baby...baby,be gud ok. kalau mau kacau mommy, move ok! but not too lasak ok? be gud, mommy studying tu..mmuahh!!

ape yang aku rasa skang ni...mmm..aku rasa rindu sangat nak kembali ke sini...ya kat seksyen 17 ni...dulu aku penah datang, but untuk seketika je...terasa rugi, tp efek atas kesilapan diri sendiri jugak. kemahuan yang ada, tapi kesungguhan yang tak kuat...ada dalih2 yang menghalang, tp tu sume letak pada diri sendiri. insyaAllah, one day ya...aku akan kembali.

papepun, kaki aku skang..sgt sakit..huhu, camne mau jalan2 ni...aku mau ubat, tapi ubat kt umah...malas mau beli sbb blh dapat free kat klinik ofis...huhu...jawapannye? redha je lah...at least utk skang.

Tuesday, February 22, 2011

Wrap up with them...

Thousands of thankful to brother Shahril, Hazamin & Rahim from In-Team coz of ur willingness to come here in Matrade to fulfill our invitation. As human being, the session was shown the effectiveness in terms of sharing knowledge, facts n experiences. Once the event end, look at to myself n feels there’re still many things that I’ve to learn to know more about our beloved Rasulullah SAW. His personality, histories, and anything that we can do to show our love. Just bear in mind, we should love Rasulullah SAW in every breath we that take.

Some captures for us…

the viewww...

al-hidayah...from miti

In-Team on stage

lovely voice

shud be ONLY me with them...hihi

with pwincezz...

Thursday, January 6, 2011

Nenda Pesah

teratak klasik itu menjadi saksi kediaman seorang nenda kesayanganku...usia yang meningkat tua seiring dengan gambaran teratak itu, buat aku terfikir betapa pilunya lantas membayangkan kehidupannya yang berkeseorangan. sejak kehilangan atuk, nenek tetap dengan cintanya bersama anak2 dan cucu2 kesayangan.

entry dan kate pwincezz mata bulat benar2 buat aku sedar, betapa tiada yang lebih bermakna melainkan melakukan sesuatu yang sangat berguna sementara insan yang kita sayang masih buka mata dan bernafas. dia punye pengalaman yang manis dan pahit satu ketika dulu, dan perkongsian saat2 itu adalah satu yg sangat positif.

aku rasa, aku seorang cucu yang baik, tak pernah lukakan hati nenek, masa kecik2 dlu? klu nenek mintak tolong aku, aku tak pernah menolak. nenek suh gi kedai? beli barang2 dapo? aku mesti buat. hihi, sebab? mesti dapat ganjaran..hihi..ye le, budak2 kan...asal gi kedai je, mesti nak jajan (bahasa nogoghi, snacks). tapi tu yang aku tau, ape yg aku rasa, ape yang dalam hati nenek?

tu dulu, bila dah besar ni, ayah selalu pesan...jangan lupe nenek, selalu ziarah n jenguk nenek kat kampung. mustahil untuk nenek yang datang berjumpa kita, apa dayanya lagi...aku n the rest of noor bros, yang tengah sihat bertenaga lagi ni...kena amik alih tanggungjawab ayah sbg anak.

ya, mungkin aku berjauhan dari dia, mungkin pwincezz, abang, kak ayu, kaklin, awan, kak ainun, adek berjauhan dari dia, tapi kami sume berjanji akan selalu gunakan masa yang terluang utk berjumpa dengan nenek. insyaAllah, nenek tau, dia punya anak2 dan cucu2 yang sangat menyayangi dia. 

mama pernah berpesan, mau hidup senang? mau hidup selesa? petua berguna nyata formula paling berkesan. insyaAllah. jagalah orang tua kita...sayangi dia, hormati dia...selagi hayatnya masih ada. aku dah nampak kebenaran kata2 mama, dari masa dulu, sekarang dan insyaAllah masa akan datang.

ya Allah, lindungilah nenek...berikan nenek kekuatan dan kesihatan...insyaAllah, kami masih dan selalu ada bersama dengan dia.

Saturday, January 1, 2011

Notes of 2010

berbeza cerita untuk kali ni. 365 hari yang lepas, tepat pada jam ini, aku dan tunang tersayang terbang jauh ke kuching...bergembira bersama keluarga di sana. memang tepat masa hadirnya kami di sana, dah tersedia dan disambut dengan senyuman dan salam...

ya, itu 365 hari yang lepas...dan hari ni, malam ni...banyak beza ceritanya. teratak paroi jaya jadi lokasi peringatan untuk menyambut kehadiran tahun baru. family yang makin besar, sumenya di tempat2 yang berbeza malam ni, ade yang kat perlis, ade yang kat kelana jaya, ade yang kat seremban 2, ade yang kat kuching...dan aku? bersama isteri tercinta dan couzin in law, tag team ps3 gitew. haha. inilah family aku...di malam tahun baru.

jap jap, suke untuk aku flashback and refresh ape yang berlaku sepanjang 2010. yang ringkas2 je ni, nt wat overall dah mcm buat annual report lak, malas nanti kna audit susah.hihi. by month maybe?
  • Januari, ya..misi ijab dan kabul bermula...pegh!! memang susah time2 ni, tp sgt best!
  • Februari, mm...setel 1 perkara yang sgt penting untuk proceed big project 2010.
  • Mac, birthday pwincezz mata bulat, yg sgt happening!!
  • April, hihi...wujudnya 'AKU ADA mee kolok & masak lemak cili api'!!
  • Mei, sebulan je lagi b4 bergelar suami kepada pwincezz mata bulat.
  • Jun, alhamdulillah, selamat diijab kabulkan bersama Zarith Sofia Zolkipli
  • Julai, lepas kawen? ya, focus on my work, at d same time preparation for sport competition.
  • Ogos, berpuasa as a husband for the 1st time..hihi
  • September, beraya aidilfitri as a husband for the 1st time...hihi
  • Oktober, ya, finally reached place outside malaysia for the 1st time..i've been in Laos!! superb experience! thanks boss!
  • November, move to new house! flora to bougainvilla!!
  • Disember, alhamdulillah...syukur pada Allah atas augerahNya..


ya, lot of things that have been done, n oso lot of things to be done...like years, it continuously. even we have to do the same thing in the same way, the best thing is..how much we can improve to make it as a different thing. 

untuk aku? ya byk sungguh utk diperbaiki lagi. jauh jauh dan masih jauh daripada kesempurnaan. memang takde yang sempurna, tapi jika tanya diri sendiri, aku tau di mana tahap kesempurnaannya. yang AKU ADA sekarang? alhamdulillah.