Thursday, January 19, 2012

Dia,Mereka,Kita...

As salam pembuka bicara.

Meh sini, cerita padaku apa sebenarnya berlaku
Jangan segan jangan malu, luahkan segalanya wahai puteriku.
Daku ada untukmu, selalu ada, takkan pernah beralih walau seaat waktu
Setia di sini, menjadi pendengar setia dan sentiasa teguh untuk dirimu

Itu ini begitu begini
Pelbagai cerita dihikayatkan sang muda mudi
Bermacam kisah dicanang kepada seluruh isi duniawi
Lantaran yang terdusta dan pendusta terus diperdaya hingga ke akar umbi

Hiba di saat penceritaan dan meluah rasa
Lebih sadis ia atas punca insan yang pernah bersentuh telinga
Sampai bila katanya kisah itu dan kisah ini mahu menghentikan roda
Selagi tak sampai destinasi nescaya letih tak terasa

Tangisan demi tangisan ditambah penyesalan
Bak lagu indah beribu sesalan yang terngiang2 di ingatan
Diri makin lemah rasa nk ke bumi dihumbankan
Masya Allah cube sabar dan tenangkan keadaan

Hati terusik melihat insan tersayang sedemikian jadinya
Mustahil kubiarkan dia terus rebah tanpa kata-kata
Ku tegas berkata dalam sopan, beri semangat berserta doa
Allah SWT sangat kasih dan cintakan setiap insan yang bersaar adanya

Konklusi tiba
Titisan dan hingusan bagaikan sudah kering dimakan cerita
Seiring kata-kata iya tanda setuju untuk bangun semula
Bersama aku pantang untuk biarkan dia begitu sahaja
Nyata kasih dan cinta aku pada dia setiap masa
Hingga ke hujung nyawa...

Ya Allah, restui kami...
dan restui insan-insan yang menyayangi kami, selalu bersama kami
susah senang bersama kami, suka duka bersama kami
yang jauh yang dekat, tiada beza kerna tetap dekat di hati
ikhlaskan diri sendiri, sematkan ketulusan dalam sanubari
bahawa ukhuwah ini, akan terus bersamadi...abadi.

Jazakallah.