Thursday, May 12, 2011

Good things to remember...

1st of all, alhamdulillah...diberi peluang untuk bersama beliau dalam sesi motivasi semalam...

petikan kata2nya yang menarik,

selalu senyum, pasti bahagia
majlis ilmu adalah taman syurga
seronok untuk buat yang terbaik,
klu kite sedar yang kita akan mati bila2 masa
selalu bersyukur kepada Allah,
selalu berterima kasih sesama manusia
airmata ibu akan memadamkan api neraka
yang akan membakar diri kita
cara terbaik untuk ingatkan diri sendiri
adalah dengan mengingatkan orang lain,
untuk bahagiakan diri sendiri, kita bahagiakan orang lain
jadikan setiap hari adalah hari yang terbaik,
kerana itu mungkin hari kita yang terakhir
kepenatan kita bekerja akan mencuci segala dosa
orang yang 2 hari berturutan tidak berubah,
pasti menuju kegagalan
orang yang tidak berubah, umpama sudah mati sebelum mati
bila kita ada masalah, berpunca dari hati yang tidak bersih, berfikiran negatif...
setiap orang perlu belajar untuk tidak mencari kesalahan orang lain
sentiasa berdoa dan berniat untuk selalu ceria dan bersemangat
memaafkan sume orang sebelum kita tido setiap malam
programkan minda kita dengan perkara positif sebelum kita tidur setiap malam...
kita perlu perbaiki hubungan kita dengan Allah,
maka kita akan dapat perbaiki hubungan kita dengan manusia

terima kasih kepada...
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

jazakallah...

No comments: