Tuesday, June 15, 2010

Part 2 : Ijab & Kabul

Sejukknye tido malam tadi. Ape taknya, locate tilam betul2 depan air-cond. huhu. Memang terbaeeek!! Rumah Homestay bertempat di Heritage memang selesa. My family ditempatkan dalam 2 buah rumah, sebelah2 je, No.62 & No.63. Alhamdulillah selesa, kelengkapan sume dah ada.

Pagi ni...aku bangun..aku sedar..hari ni dah 5 Jun 2010..hari ni, hari Ijab & Kabul aku dengan pwincezz mata bulat. Sekejap je masa berlalu, dah tiba saatnya. Dari minggu sebelumnya, aku 'menunggu' pelbagai jenis perasaan yang bakal datang dalam diri aku ni. huhu. Dan hari ni??? ya! perasaan2 tu memang betul2 wujud. Gementar, risau, an of coz bersyukur dan gembira dengan takdir ii.

Bangun je subuh, dan lepas solat..mata dah tak mampu nak lelap lagi. Mungkin aku taknak biarkan sesaat pun dibiarkan camtu saja untuk hari ni. Apepun gerak geri dan langkah aku hari ni, ada makna yang tersendiri. Sebab hari ni, bakal tertulis sebuah lagi sejarah yang sangat besar dalam hidup aku.

Setiap persediaan telah dilakukan...dari segi materialnya, my family dah banyak membantu. Dari segi dalaman diri sendiri, insyaAllah.. aku rasa aku dah bersedia untuk menempuh hari ni yang aku rasa cukup sempurna.

Makan dah mula rasa tak lalu..bayangkan mee kolok hj. salleh feveret aku? aku tak makan der...huhu. cepat kenyang!! huhu..orang sume sibuk penuhkan meja makan nk break1st same2, tapi aku? layan movie 'Papadom' kat laptop kaklin..hihi. best best!!

Tik tok tik tok...masa untuk bersiap...masa untuk sume org bersiap. Kereta peranten akan sampai dalam kul 0200pm. Tema family aku hari ni, Green Lovers!! hihi. Aku plak, persalinan 'Putih Pink' hasil jahitan DzulClassique & Teh Songket, tajaan diri sendiri. hihi.

'Mystique Red' dah bersedia untuk menghiasi delegasi pernikahan aku & pwincezz mata bulat. InsyaAllah, akan dibalas oleh pihak pwincezz dengan 'Glitter Pearl'. Cant wait the moments come.

Sebelum perjalanan dimulakan, kaklin sibuk membuat rakaman video. Kata2 nasihat dan pesanan drpd sume ahli keluarga tercinta menjadi sasaran rakaman. Sesi memohon kemaafan adalah antara saat2 yang takkan aku lupakan. Sampai saat ni skalipun, aku masih sebak bila meingingatkan kate2 dan pesanan mereka pd aku...kata awan dan abang paling memberi kesan. Doa yang dipenghulukan Awan mengiringi perjalanan kami...

**

Aku mulakan langkah kanan dari kereta menuju ke dalam rumah pwincezz. Alamak? now aku rasa betul2 neves. Dalam hati aku, janganlah aku menangis lagi. (rsnya tak kot, sbb dah bnyk menangis kat umah aku td..hihi). Ramainya tetamu menanti. Aku dapat lihat wajah2 yang memberi restu atas pertemuan ini. Alhamdulillah...

Kami disambut dengan sesi 'berbalas pantun'.. Wak Yusak & Wa Sari saling membalas pantun dan dihiasi dengan senyuman. Kedudukan antara delegasi dipisahkan antara 'Mystique Red' dan 'Glitter Pearl'. Meriah & cantik hantaran kitorang!! wa!!

Aku dah bersila di depan kedua2 belah keluarga tercinta..di depan jurunikah, wali dan saksi2. Bakal isteri aku pun dah selesa duduk bersimpuh di sebelah aku. Dah ada bakal suami, bakal isteri, saksi, wali dan insyaAllah kejap lagi..akan ada Ijab & Kabul. Rukun nikah dah hampir lengkap.

Ayahanda mertua dah bersedia untuk melaksanakan sesi akad nikah dengan tips2 daripada Nek Yak. Text yang proper dah tersedia untuk pap bacakan. Kami saling berpandangan dan berjabat tangan...lalu...
"Hadzizi Noor b. Hj Shahidan, aku nikahkan dikau dengan anakandaku Zarith Sofia bt. Zolkipli dengan mas kahwinnya RM120 tunai..."...aku menjawab.."Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut..."

Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi suami kepada my pwincezz mata bulat. Dalam beberapa saat je td, takdir ini benar2 dah menjadi takdir kami. Bukan lagi kata2, bukan lagi khayalan, dan bukan lagi mainan. Tanggungjawab di bahu semakin berat. InsyaAllah, moga dipermudahkan laluan dan kehidupan kami berdua. Takdir ini benar2 indah buat aku, pwincezz dan keluarga kami semua. Moga ikatan yang sah ini, akan terus berada dalam redha dan restuNya.

Part 1 : Delegasi terbaaannggg!!!

yay!! rewiinnnddd!!!

Gerakan bangun awal pagi bermula!!! jadual yang dah ditetapkan Chef De Mission harus dipatuhi tanpa alasan lagi!! haha!! Sume org kena bangun, at least paling lambat kul 530 am, xleh lambat. Tapi bagi sesapa yang ada potensi nak bersiap lmbat tu, dinasihatkan untuk bangun lebih awal.. salah sorangnye?? aku!! hihi

ye...hari ni 4 jun 2010. Misi penerbangan ke Kuching bersama delegasi terhormat akan dilaksanakan hari ni. Alhamdulillah, barang2 dan luggage yang 'terlibat' dah bersedia untuk 'diterbangkan' sekali. Delegasi akan datang dari pelbagai arah, dari Seremban? dari Mantin? dari Sg. Mahang? dan akan berjumpa di LCCT Sepang tepat jam 730 am waktu domestik.

Mr. IC collector Awan dah pun berjaya kumpulkan sume IC dari ahli2 delegasi dan bersedia untuk 'check-in'. Memang besh, sebab ktorang sampai on the time orang blm ramai, so det check in session dapat dibuat dgn keadaan yang sgt selesa. gud gud!

Ok dun! sume dah check in! stil ade mase untuk buang masa b4 boarding. wats nex?? N den adek trus ajak aku gi pekena McBreak1st!! hihi..ape lagi hotcake wit sausage le..nyam nyam!!

Our flite was delayed due bad wether at Kuala Terengganu that related to the airplane wic is will bring us to Kuching. huhu.

Alhamdulillah..we landed safely at Kuching International Airport at 12.15 pm..on je phone, wa..dh byk miss call n msg from mom. Kuar je arrival hall, family drpd Kuching dah sedia menanti. Ramai yang tggu..huhu terharunya. Mom, Pap, Boy, Usu Jo, Usu Sal, Hazwan, Naim, Bg. Lan, and Sista Azian. Destinasi lps ni?? yay! umah peranten perempuan untuk jmuan makan tengahari.

Sampai je umah, my pwincezz mata bulat & others sambut kami sedelegasi dengan penuh senyuman. Meriahnya ya Allah. Masuk je umah, waa!! cantiknye pelamin nikah aku!! hihi...Magic touch by Uncle Alex.

Hari ketibaan kami berakhir dengan hidangan makanan unik sarawak. Nampak gaya my family sume susah nk bangun & enak menjamu selera. Alhamdulillah...sume org suke, sume org kenyang. Thank u sume...family Kuching!! I love u all!!
(to be continued...)

Aku mulakan cerita ini

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Mohon restu pada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, aku masih di sini, terus menghela nafas atas kuasaNya. Mata masih dibuka, pejam celik melihat keindahan ciptaanNya. Berdiri atas bumi dengan 2 tapak kaki, masih kuat cengkamannya, dan masih seimbang tegaknya.

Setelah sekian lama menyepi dari 'Aku Ada'...yay! aku masih di sini untuk mulakan kembali apa yang telah aku tangguhkan dlu. 3 Jun yang lepas aku 'tinggalkan' seketika blog ni untuk kutunaikan harapan suci aku dan keluarga.

Terlalu banyak peristiwa dan kenangan manis yang dah aku lalui bersama insan2 yang terlibat secara langsung dalam menjayakan misi 'Ijab Kabul & Resepsi Kuching 2010' antara Aku & Pwincezz Mata Bulat. Sungguh indah untuk setiap saat yang telah dilalui, dan insyaAllah...akan aku rungkaikan setiap saat tu satu persatu.

Thursday, June 3, 2010

Kuching...here I come

Alhamdulillah...the times come..tomorrow I'll be heading to Kuching, Sarawak. My delegations will be assembled at LCCT around 7.15 am. We need to spare at least 2 hours before departure. All the luggages are well prepared & packed!

1130 pm..clock 'says' I shud sleep and no more wasting time. I have to ensure myself is totally ready. I have to wake up early, and open my eyes with smile on my lips. Thats the sign of happiness and gratefulness. It shows that everything happen in the day after tomorrow and future is just the beginning in new level of my life.

Wish my delegation have a safe trip. Depart and arrive safely to the destination.
Dear 'Aku Ada'...I wont be 'here' for a while. InsyaAllah..I'll be back once everythings done.
Dear friends and viewers...please pray the best for me, my pwincezz mata bulat & our family.

Till then...I off my pen.

Indahnya Destiny Ini...


Zarah yang mengalir di hatimu bukti ada sesuatu
Angkara hikayat tanpa pangkal dan hujungnya yang tidak kita tahu
Rentetan memori silam buat dirimu cuba berada di depan mataku
Insan yang hanya tau lihat dan menilai dari jauh siapa diriku
Tohmahan ditepis demi merungkai sendiri apa yang dirimu mahu
Hebatnya kesungguhanmu sehingga diriku dapat dan ingin mengenalimu

Salahnya tiada bila kita mula berbicara
Onak dan duri silam mula dikongsi bersama
Fasa kehidupan biasa yang kita sedar bahawa setiap insan ada kisahnya
Itu benar dan tiada niat untuk kita berdusta
Awan indah mula meliputi angkasa kita lantaran cerita dan keinginan yang ikhlas semata-mata

Cahaya senyuman mula terukir di bibir kita
Impian untuk mula melangkah ke sesuatu yang segar kini bertemu di garisan permulaannya
Namun dugaan datang dan pergi sesuka hati dia
Tanpa cintaNya dan kehendakNya jua kita pasti tidak mampu untuk melaluinya
Amanah daripada hati terus beri kekuatan untuk terus berada di landasan kemahuan kita

Harapan diluah untuk beritahu apa sebenarnya hakikat di hatiku
Amarah dan kesedihan dulu mula pudar bila dapat bersama dirimu
Damba keikhlasan dan RSVP darimu bukti diriku tak bertepuk sebelah tangan dan menongkat dagu
Zon dalam hati mula terisi kisah baru dan bersedia untuk membina mahligai baru
Intai hatimu jua agar diriku tak perendahkan hak-hak asasi yang berhak dipikul di bahumu
Zat-zat cinta dari Allah memang benar wujud untuk kita gali dan buru
Imbuhan daripada sebuah pertemuan yang tidak pernah kita ragu

Neon dari cahayaNya masih dan akan selalu kita dambakan
Obor api yang panas moga jadi dingin dengan wujudnya kesetiaan
Ombak laut yang deras moga jadi tenang dengan adanya kepercayaan
Rentetetan sebuah destiny yang sangat indah tanpa sempadan

Jazakallah...

Specialized Packing Mission!!

10.15 am!! 3 Jun 2010!!
Alhamdulillah..aku masih lagi di sini untuk meneruskan ape yang perlu diteruskan. Misi kini hanya di garisan permulaan. Based on schedule, esok..aku & family akan berangkat ke kuching sarawak, pada waktu domestik 0945 am. ya, its true...definitely true that we r goin to kuching tomorrow!! aha!

Since last monday nite, I've started the packing mission. But since last week, I'm owes thinking bout wic luggage, how many, wat r the things to bring on?? I know its not gud to make it very last minute, but ya..its true again...smtimes doin smthing in 'urgency' is better den do nothing!! hihi...

Last nite, this mission continue..whereby the 'main things' oredy in the box baggages!! 'Mystique Red' lead the mission wic is oredy took 4 boxes, while for 'dulang' and other additional things in 1 box. so total?? yeah!! 5 boxes!! aha!!

During the mission, mama owes ask me..hows the progress...ya..i said, everythings ok..hihi. dont worry..(command answer). Kaklin & adek being a major role, packed 2 boxes (completed), and another 1 box is not fully packed. Ayah..observer n will taking part later on. While me?? ya...bz finishing filling up my 2 small luggages. Omos complete, n I really hope that there's nothing I left.huhuhu... InsyaAllah..for myself...I'll bring 2 trolley luggages, n 1 bag pack (my beloved MU bag).

Ya..until now...this mission still in progress...n it will be ended once we depart to LCCT. ya..its true.

Tuesday, June 1, 2010

'Mystique Red'...coming soon

Since February 2010, Me, Pwincezz Sofia, Kak Ayu, Abang & Bro. Asraf started to search ideas to make something special & real for my 'dulang hantaran'. From imagination, we combined observations, skills, time, and of coz money, hihi...now the 'Mystique Red' will be unveilled..but not now..soon, on 5th June 2010.




Credits to Bro. Asraf Alfian for his creativeness (still hope that he able to attend my reception in Seremban), to Abang & Kak Ayu for their supports (a lotttsss of supports) and Pwincezz Sofia for the inspirations. For me it's perfect, and I do hope that my pwincezz mata bulat will love it as much as I do. InsyaAllah.

Thank you everybody for making my 'Mystique Red' as a reality.

Buat renungan bersama..

Untuk pwincezz, 4 hari je lagi kita akan bernikah. Terima kasih untuk pesanan yang sayang dah bagi kat hubby http://zsqueenbee.blogspot.com/2010/05/buat-bakal-suamien-hadzizi-noor.html. Hubby hargai sangat dan akan terus menjadi panduan untuk hubby.

Dan hari ni, khas buat pwincezz mata bulat...bakal 'peranten' yang suke goleng2 kat ruang tamu, sedikit kata2 buat renungan bersama.

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu

tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah insan akhir zaman yang punya cita cita membangunkan keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan...
Mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya

Suami adalah nahkoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya

Pernikahan ataupun perkawinan...
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...

My Delegation

My pwincezz mata bulat owes update me bout her & family's preparation. So far, most of the big things are well prepared. All the plans goin smoothly, n now its more to complete certain things here n there. She said, many people came to her house to show their support n wanna be part of this big moment. In other words, they take this opportunity to meet the future bride..as mention by pwincezz...bakal 'peranten'..yang selalu goleng2 depan ruang tamu.

For my side, packing mission already started from now on until the day of departure. Ya, honestly a lot of things to bring, and the 'Mystique Red' will be the honour to lead my 'delegations' to Kuching.

As briefed by 'Chief de Mission', Tn. Hj. Shahidan last Sunday, he already informed bout the overall tentative which is before, during & after the event to the delegation members. I think they're clear and ready to do their part. InsyaAllah.

My delegations are:
  1. Ayah (Chief de Mission)
  2. Mama (Co-Pilot)
  3. Wak Yusak
  4. Wak Long
  5. Paksu
  6. Maksu
  7. Along Salina
  8. Ateh (TBD)
  9. Abang
  10. Kak Ayu + future baby
  11. Kaklin
  12. Awan
  13. Kak Ainun + future baby
  14. Adek
  15. Farhan
  16. Apak
  17. Ayie
  18. Affiq
  19. Athirah
  20. Alesha
  21. Aku Ada
Plus??MATRADERS. yay!!
  1. Bro Fizi
  2. Kak Maya
  3. Ladiezz Kickers
  4. CC Normah
  5. Kak Sanissah
  6. Kak Ina
  7. Cik Aida Zureen

Did I miss someone here?? ayah mama, blh tolong cek? i mean for our family part. hihi. I think its perfect! Before I'm going further, thank you so much to all of 'em for their support and for their..ya..for everything!! aha!!
Ya..3 dayzz to go before my delegation flying to Sarawak!!! Tik tok!! keep counting...

4 dayzz to go..tik tok

Hari ni, 2nd day aku gi keje sendiri. Bangun macam biasa, iron baju dulu. Memang rutin, aku suka iron baju on the day nak gi keje. Habit yang sukar ditinggalkan. hihi. Hari ni, aku blh gerak dr umah lambat sikit. Sebab tak jemput pwincezz mata bulat...so that aku leh terus gi ofis.

Hari ni, 1 Jun 2010. Masa berputar tanpa ada kuasa yang bisa menahan, even hanya sesaat cuma. Lebih kurang 4 hari 6 jam lagi sebelum aku melangkah ke dunia baru, dan bergelar suami kepada my pwincezz mata bulat`. Buat masa ni, alhamdulillah...belum ada rasa neves, tapi tak taulah dugaan yang akan datang once saatnya makin dekat dengan aku.

Kat ofis, dah ramai yang tegur & bertanya...bila aku nak stat cuti, bila aku nak fly ke Sarawak. Mereka sume seakan 'tak biasa' bila melihat aku keseorangan once dah sampai ofis. Biasanya, bila ada pwince (pwince ke?hihi), mesti ada pwincezznya. InsyaAllah, kebiasaan tu akan bertukar kepada kebiasaan yang lebih manis lepas ni. Dan ramai jugak yang sudi berkongsi cerita dan nasihat, semata2 ingin menambahkan 'kemeriahan' suasana sebelum aku berkahwin.

Hari ni, last day aku keje. InsyaAllah..esk aku dah stat cuti for my wedding preparation. Honestly, dalam hati memang dah mood cuti ni. hihi. Thanks to my superiors coz dah luluskan cuti aku. Total cuti? 12 hari!! yay!! Mama ayah!! here i come!!