Thursday, March 7, 2013

61 tahun...

perjalanan mama
ternyata bukan mudah...
menjadi mama itu sendiri tidak pernah mudah
tiada istilah petik jari untuk menjadi insan seperti mama

dari saat mengandungkan..dan melahirkan
setiap titik peluh seiring dengan sabar dan kekuatan
mama gagah untuk terus melihat anak2nya ke bumi Allah
tangisan yang tiada henti kadangkala...hati sahaja yang bisa berbicara

dulu,
masa mama masih dalam dunia berkerjaya
mama bangun seawal 5 pagi
nk siapkan keperluan kami anak2 ke sekolah
makan, minum, baju sekolah..dan seluruhnya
selepas subuh mama 'hilang' bersama ayah
dan aku pula tegar menggegar gril dan pintu sambil menangis
mau ikut mama...

tahun 93,
satu lagi titik bersejarah dalam kehidupan mama
adek bongsu lahir ke dunia
while me?automatiknya hilang gelaran anak bongsu..
bongsu tak jadi kata mereka...huhu

mama terpaksa melepaskan kerja yang dia cinta
demi cinta dan kasih kepada keluarga
adek bongsu yang tak mahu 'melepaskan' mama
gara-gara tiada susu lain yang mampu dia terima selain susu gantung
pilihan yg sukar utk pada kasarnya
tapi itu jugak pilihan dan keputusan yang terbaik drpd mama untuk family

mama pernah cakap
berhenti kerja ni adalah slh satu pengorbanan dia yang paling besar dlm hidup dia
bila ada sebab untuk dia melakukan sesuatu tu
dia tidak sukar utk membuat pilihan
dan dia sedar..itu adalah perkara yang terbaik sebenarnya

sedalam mana cinta dia pada dunia kerjaya dia
lebih dalam lagi kasih sayang dia pada family
jasa mama tidak pernah kecih
bakti mama tidak pernah remeh

mama adalah sekuntum bunga yang paling mekar dalam family
tak pernah layu dimamah usia
janji kami anak2 mama...akan terus siramkan bunga ini
dengan cinta yang tidak berbelah bagi...
doa kami, supaya mama terus diberi
sinar kebahagiaan, nikmat usia dan kesihatan
dimurahkan rezki dan setia bersama kami...
hingga ke akhir hayat..




mama..
selamat hari lahir ke 61
moga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah
gg sayang mama sangat2...mmuahhh!!

No comments: