Friday, April 12, 2013

Kepulangan yang dinanti

peluang untuk kembali ke kampung halaman nun jauh di seberang laut china selatan adalah satu peluang yang tak mungkin aku lepaskan. agak berat jika difikirkan "on cost" nya tapi anggaplah ia sebuah pengorbanan untuk insan2 yang kita sangat sayang.

kota kuching tak pernah asing bagi aku...
terasa berada di dalam dakapan family aku sendiri, tiada beza dan tiada jurang bila bersama family mertua. hanya yang membezakan adalah darah daging...tapi hakikatnye, silaturrahim antara kami makin berusia makin mekar dan bahagia adanya.

kali ini lebih istimewa...
aku bersama keluarga tambahan...makin meriah adanya...
kehadiran sahabat2 yang tercinta buatkan suasana lebih happy dari yang dijangka.
subhanallah...Allahuakbar...besar sungguh kuasa Allah...yang maha pemurah lagi maha pengasih.

mungkin durasi percutian kali ini agak singkat daripada biasa, namun pengisiannya...alhamdulillah, tiada rasa buang masa. memadai untuk kami semua menghargai masa yang ada. bersyukur sentiasa. kurang atau lebih sesuatu tu, kami terima dengan redha.

seperti biasa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. namun dari semasa ke semasa, aku dan isteri rasanya makin tabah untuk menemui saat tu. tiada lagi tangisan, cuma tawa gembira yang berjaya menyorokkan kehibaan yang mampu dikawal. terima kasih sekali lagi buat mom, pap, bg boy, sis yanty, wawan n ee untuk kepulangan kali ni. in shaa Allah, kita bertemu sekali lagi pada syawal nanti.

kepada sahabat2, jaja, ezam, n nadi...hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian. susah payah untuk bersama kami bagi edisi percutian kali ni amat bermakna. mudah2an ini bukan kali pertama dan terakhir utk kalian di sini...jemputlah lagi jika umur yg panjang dan rezki yang melimpah...in shaa Allah.

 










 



 




No comments: