Friday, May 7, 2010

Today's Hot Chat : It's memorable

Salam Jumaat...penghulu segala hari...

Tiap-tiap pagi..once dah switch on my pc, aku terus click tab lotus notes, i'net explorer (yang ni, automatically connect to my blog & my pwincezz mata bulat's blog)...dan 1 lagi, aku mesti nak dengar lagu favourite aku...dengar je lagu tu mesti rasa best & happy sangat. Aha!

Tadi, lepas baca blog "I'm a QUEENBEE", my pwincezz mata bulat bercerita pasal her mother...huhu...kisah yang akan sentiasa boleh buat aku tersentuh. Bagi aku, itulah magisnya 'sakti' kasih seorang ibu kepada anaknya, dan cinta seorang anak kepada ibunya.

2 days before 'Mothers Day'...hari ni seperti biasa, Hot FM akan jadi pilihan utama halwa telinga aku. 'Duet' & 'Tag Team' between FBI & Fafau memang terbaeeekk!! Nak rewind sikit (haha,lately ni aku suka je rewind2 ni), bila teringat team2 radio time pagi2 ni...Halim Othman & Jamal Jamaludin...Krill & Kieran...dan skang?? FBI & Fafau...korang sume memang besh!

Hot Chat pagi ni...bukak topic pasal 'Rahsia anda bersama ibu'. Topic yang sangat updated ni actually sempena Mothers day on 9th May ni. Memang menarik topik ni. Biasalah...kalau caller tak buat kita semua gelak, tak sah. aha! Sometime bila dengar, betul ke tak cerita yang diorang (caller) share ni? ya, maybe ada yang reka2 je, semata2 nak buat topic tu happening? stil possible what...apepun, for me..rahsia ke...kenangan ke..anything yang kita buat bersama ibu kita, adalah antara saat2 yang terindah dalam hidup kita.

Within that time...there's one caller...dengar je suara dia, aku dah dapat bayangkan ada cerita sedih dalam kata2 dia. Lebih kurang camni la, dipendekkan cerita...Dia ada 8 orang adik beradik...diorang sume kurang beri perhatian pada mak. And then one day, mak dia tengok iklan (iklan pasal Mothers Day) kat tv, dan mak dia terus bertanya..."hari ni, Hari Ibu ke?kenapa anak2 mak tak balik jumpa mak?" Sambil teresak2 caller tu meneruskan ceritanya, dan mengakhiri perbualan tu dengan pesanan.."kita sayangilah ibu kita...kepada mereka yang mengabaikan atau melupakan ibu mereka, insaflah...". Then caller tu sambung lagi, "Saya taknak apa yang berlaku pada mak saya dulu, akan jadi kat saya pulak. Saya nak anak2 saya jaga saya, sayang saya...setiap masa". *(ade perubahan dari jalan cerita yang sebenar, sebab ingat2 lupa, tapi lebih kurang camtu la ye)

So guys, sometimes bila ada hari yang memperingati ibu macam ni...its very gud. Tapi tu tak bermakna kita hanya akan ingat ibu kita bila ada hari ibu. Sebab tu la, Allah dah turunkan ayat2 al-Quran, yang dah tersedia untuk kita amalkan..contohnya doa ibu bapa kita, yang kita selalu baca lepas solat, atau pada bila2 masa...itu juga boleh dijadikan sebagai tanda yang kita selalu memperingati mereka, tak kira masa dan di mana jua kita berada.

Berpesan kepada diri saya sendiri, my pwincezz mata bulat, dan juga kepada semua...sentiasa ingat, sentiasa sayang, sentiasa cinta, sentiasa hormat, sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Jangan rasa malu untuk katakan pada mereka, yang kita sangat sayangkan mereka. "I LOVE U MAMA,MOM,MAK,IBU..." Buruk baik perjalanan kehidupan kita...salah satu faktornya bergantung kepada bagaimana cara kita menjaga kedua ibu bapa kita. Pengalaman pernah mengajar saya, dan bila melihat realiti hari ini...ya, ia benar.

Jazalakallah.

No comments: