Tuesday, July 27, 2010

Damainya di sana

Alhamdulillah...kenyang sangat makan tadi. Gulai tempoyak mama memang mantop meletop!! op op bunyinye. aha! Penuh meja makan dengan family Hj Shahidan & Hjh Marlingah. Dah lame gak kitorang tak makan mcm ni. Dengan tambahan Pn Zarith Sofia dalam family ni, menambahkan lagi sempurna & serinya.

Nampak sesak tapi selesa sebenarnya. Mama selalu korbankan 'seat' dia utk suami & anak2nya. Dengar je alasan dia, "mama kenyang lagi, nanti mama makan kemudian..." Itulah kata2 mama, tapi sebenarnya nak pastikan sume org selesa. Sayang mama...

Lepas makan ni, plan nak gi kampung. Real punya kampung. Destinasi? kampung mama, Sg. Mahang, Nilai, & kampung ayah, Mantin Dalam, Mantin. Misi? menziarahi sanak saudara selepas rasminya sbg suami isteri. Seriusly, baru aku betul2 sedar ni la masanya aku blh blk kampung. Dah lame sgt xbalik. Tapi xdapat nak jumpe sumelah...sbb masa tak mengizinkan...ape yang terdaya dulu, kita dahulukan.

Sg. Mahang, teratak Wak Yusak (abang mama) & Wak Long sekeluarga. Tenang je suasana kat sini, sunyi sikit, tapi tu biasa. Cuba tunggu raya nt, memang meriah le! hihi. Ni kali pertama my Pwincezz jejakkan kaki ke sini, so dia sangat teruja. Teruja sbb kali pertama nak kenal kampung mama ayah mertua dia, n 1 lagi, dia sangat teruja dengan 'hasil2' dusun buah kt sini. Expectation?? buah2an tempatan der...esp durian!! Tengok je gamba2 kat bawah...dah terbukti! My Pwincezz sangat rindukan suasana kampung halaman dia ky Kuching nun, den bila dia ada kat sini, at least boleh jadi penawar sikit untuk dia...

Kat sini jugak, ada teratak arwah Wak Amat (abang mama) & arwah Wak Ti (kakak mama), yang juga dulu tempat tinggalnya arwah embah & atuk (mak & ayah mama) dan mama sendiri. Tapi, once kedua-dua (Wak Amat & Wak Ti) insan kesayangan mama ni pulang ke rahmatullah, umah tu dah makin sunyi dan 'reput' dimakan usia. Takde ape yang tinggal, hanya kenangan pahit & manis selama hayat mereka bersama. Al-fatihah buat mereka sume. Al-fatihah.



Mantin Dalam, teratak Nenda (bonda ayah) tercinta..dan Pak Ngah (abang ayah) sekeluarga. Masa kecik, ni lah 'taman permainan' aku. Tiada rasa bosan dan jemu bila berada kat sini. Masa kecik jugak, kita just pk happy je, but now...lebih terdorong kepada tanggungjawab pada keluarga. Bila tengok nenek, masih ade seri di wajahnya, yang melihat kepulangan anak & cucu2nya. Alhamdulillah, dia masih sihat walau dimakan usia. Moga Allah terus melindungi dia, diberikan kesihatan sebaiknya, dan dikurniakan nikmat usia. InsyaAllah.

Damainya aku rasa, diberi kesempatan skali lagi untuk berada kat kampung ni...bersama isteri & keluarga tercinta. Jazakallah...

No comments: