Dinginnya rasa...dek air wudhu' yang masih sejuk di sebahagian tubuh aku. Benar kuasaNya, walaupun air wudhu' tu difardhukan kat sesetengah tempat pada anggota badan kita, sejuknya dan kesannya boleh kita rasa pada seluruh badan kita. Subhanallah.
Hari ni, sumenye awal. Gerak dr ofis awal, makan awal (briani kambing punye pasal), den masuk dewan masjid pun awal. Jemaah pun tak ramai lagi. Dah berkali2 aku masuk dewan masjid ni, tapi hari ni, aku baru sempat nak tengok dan hayati keindahan rumah Allah SWT ni. Subhanallah.
Cantik sangat, teruja aku dengan kehalusan, ketelitian dan kesucian setiap hasil seni rumah ni. Besar, luas, sejuk...demi keselesaan ummatNya untuk beribadah dan menghadapNya. Begitu sempurna tanpa cacat cela. Subhanallah.
Masjid Wilayah Persekutuan ni antara Masjid yang tercantik di Malaysia. Berkonsepkan masjid dalam taman, dihiasi flora dan kolam2 yang bersih. Aku rasa la kan, seramai mana skalipun jemaah yang ada, insyaAllah..pasti akan ada ruang untuk mereka mengerjakan ibadah. Besar masjid ni...Subhanallah.
Teringat aku pada 'Taman Monumen' kat Kuala Terengganu hari tu, yang menghimpunkan pelbagai replika rumah Allah dari seluruh dunia. Tiada rumah yang lebih indah melainkan rumah Dia..Subhanallah.
No comments:
Post a Comment