Saturday, March 5, 2011

P u r n a m a 9

purnama...kau datang lagi. sekejap je rasa bila kali terakhir kau muncul, dan hari ni, kau hadir bawa berita gembira sekali lagi. kau datang buat kali ke9. dan insyaAllah, pastinya kehadiran kau akan sentiasa buat aku tersenyum dan tertawa, tatkala tiada jemu untuk mengira bape kali pun kau hadir...nyatanya, purnama 9 ini, sangat bermakna buat aku dan isteri.

wahai isteri...purnama 9 datang kini. penantian yang tak pernah lama lantaran pelbagai memori datang dan pergi. dikau selalu mengingatkan betapa indahnya setiap kali ia datang, dan betapa rindunya setiap kali ia pergi. hakikatnya, kita tetap di sini menanti kemunculannya, yang disambut dengan seribu kesyukuran serta doa, moga terus diberi keberkatan, kebahagiaan sepanjang hidup bersama.

dikau...dalam purnama kali ni, kita semakin selesa dengan kehidupan bersama tempoh yang istimewa ini. tempoh bersama anugerah Illahi dalam kandunganmu itu, yang tampaknya semakin selesa dan semakin serasi bersama ibunya. fizikal yang dah semakin terserlah 'kebesarannya' yang seiring dengan usia dia...dah 4 bulan lebih dia ya...alhamdulillah, moga kesihatan kalian yang aku sayang, akan terus sejahtera dan selamat adanya.

kadangkala...dikau seringkali 'memanjakan' diri dengan situasi yang buat kau hiba. bukan kehendakku, dan bukan jua kehendak dikau...sangat perit kesannya hingga ke hari ni, dan daku tak pasti sampai bila, tapi yang pastinya, daku suamimu, akan sentiasa berada dalam masa2 itu, masa2 yang dikau perlukan daku...katakan saja, insyaAllah...daku pasti hadir untukmu pengubat duka.

sillaturrahim kita...kita sama2 doakan agar terus direstui dan dikasihi Allah, ibu bapa, keluarga, para sahabat dan insan2 yang menyayangi kita. sentiasa percayakan diri dan cinta kita, insyaAllah, pelbagai dugaan akan dapat kita harungi dan atasi bersama.

dikau isteriku...daku suamimu selalu mendoakan dan menantikan 'saat penting' itu. purnama silih berganti, daku percaya, saat itu pasti akan tiba...lihat pada cermin, tanya pada diri, bila? dan dikau menjawab, insyaAllah...akan tiba masanya...

1 comment:

UrBelovedWiffy said...

Hubby,bln berganti bln..ada sje kata2 yg indah dr hubby xpernah rse bosan xpernah jemu mbce..sayang sgt sgt bahagia bersama hubby & sayang harap semua ini akn bkekalan hgga ke ahernya..terima kasih tuk kata2 tuk setiap apa yg telah hubby wat tuk sayang..i love u now & 4ever...ur my soul my heartbeat my everythng...muahhhhh..love u & u...