Thursday, May 6, 2010

Sebulan Sebelum Bergelar Suami

Beri salam pada diri sendiri...
Tepuk sekali kat dahi sendiri...
Cubit 2 kali kat pipi sendiri...
Memang terasa. hihi.
Aku masih sedar ya Allah.
Hari ni, aku melangkah ke 5 Mei 2010...mmm...sedar tak sedar, genap sebulan je lagi sebelum aku bergelar suami kepada my pwincezz mata bulat. Sebulannn???!!!

Suka untuk aku putar balik bila saat pertunangan aku. Misi yang dirasakan sangat serius, samada aku mampu atau tidak untuk melakukannya. Pernah my pwincezz mata bulat cakap, "kita balik kuching untuk bercuti & kenal2 dengan family my ye.."..memang itulah tujuan awalnya. Aha! Yang penting, tujuan dah ada...bila dah ada tujuan, baru senang nak buat plan.hihi.. aha!

Tiba pulak scene bersama family aku, venue? 365, persiaran rajawali, taman paroi jaya, seremban. Kalau nak spesifik lagi...masa tu aku, ayah, kaklin, mama & adek kat halaman rumah. Ayah duduk atas buaian lama, selama usia rumah tu yang dah menjangkau 35 tahun rasanya. Alhamdulillah still ok, even fizikalnya tak sesempurna biasa.hihi. Rasa nervous masa tu, Allah je yang tau...nak memulakan niat yang baik, tapi sangat susah untuk bercakap.

Aku pun pernah cakap dengan ayah...pasal nak pergi kuching. Tapi kali ni, modus operandinya dah berubah. "Ayah, gg cadang, alang2 gg dah pegi kuching ni, apa kata kita proceed untuk merisik & bertunang? so that, takdela kita gi 2 kali...means, gg gi dulu, n then ayah mama datangla kemudian...". dup dap dup dap...

Apelah feedback ayah aku yek??huhu...buaian terus bergerak disebabkan ayunan ayah. Adek dah mula pasang telinga. Kaklin pun sama...ayah & mama pulak saling pandang sesama sendiri. Aku? Aku ada di situ menantikan jawapan rasminya...dup dap dup dap...

"Ok...insyaAllah boleh..mama, kita gi kuching ye...".ha??betul ke ni?? Balas ayah memecah sunyi...(actually,takdela lama sangat scene ni seperti yang digambarkan...hihi). Mama pun senyum simpul. Ayah dengan pantasnya, terus mintak tolong Kaklin ku yang sangat comel tu survey tiket via online. Tu yang paling besh ayah aku, kalau dia nak buat, buat betul2..xmo lambat2. Itu memang prinsip dia.

Aku terus forward scene ni...(bayangkan, tengah forward ni..)
Sampailah ke destinasi, Kuching, Sarawak. Bila aku & pwincezz mata bulat jemput family aku kat airport kuching, nampak kegembiraan kat wajah2 diorang. Ayah, mama, abang, kak ayu, kaklin & alesha...rombongan dari seremban. Takde apa yang lebih manis masa tu, melainkan dapat kembali ke tanah punca rezki dan arkib kenangan manis kami sekeluarga di sini (1988-1990). Benar kan? setiap pertemuan itu ada indah & hikmahnya...dan 1 lagi memori bakal tercipta..bertemu dengan family baru!! yay!

9 Jun 2009, Kampung Samariang, Petrajaya, Kuching...lokasi yang menjadi saksi pertunangan aku bersama pwincezz mata bulat. Alhamdulillah...meriah dan sumenya berjalan lancar. Macam mom (mama pwincezz) cakap kat aku,"Mom panggil jemputan ni pun, main bisik2 je g...kalau jemput sume.." hihi..aku faham.aha! Tapi memang betul pun, dengan 'bisik2' ni pun, penuh jemputan kt rumah pwincezz mata bulat malam tu. Alhamdulillah, bagi aku, ini satu restu...bukan untuk dibanggakan, tapi aku percaya, doa daripada mereka, selalu ada bersama kami. Memang besar family pwincezz mata bulat aku ni..insyaAllah, I'll be part of them one day!!

Kembali ke hari ini!!
Dah 11 bulan usia pertunangan aku...
Dugaan datang & pergi...sedih gembira silih berganti...
Hari yang dinanti, semakin dihampiri...

Ada sebulan je lagi sebelum aku melangkah ke dunia baru.
Satu lagi tahap kehidupan yang pastinya punca cabaran dan likunya sendiri.
Niat yang baik, tujuan yang baik...insyaAllah...laluannya pun baik.
Aku sedar masih banyak yang perlu aku sediakan untuk diri aku...
Ilmu sebagai seorang suami...masih banyak untuk aku pelajari & dalami.
My pwincezz selalu bertanya..."B boleh jadi suami yang baik tak"..."InsyaAllah sayang..." jawabku sambil berfikir & berazam..ya, aku akan jadi suami yang baik.

Aku tutup entry hari ni...dengan penuh rasa syukur padaMu ya Allah...
Kau lindungilah kami sementara kami menanti saat2 yang Engkau restu & bakal menjelang ini. Ampunilah dosa2 kami, agar kami terus di bawah payungan dan laluanMu..yang sentiasa Engkau redhai.

Amin.
Jazakallah...

2 comments:

ur Sayang said...

huhuhu...terharunyee...time kaceh B utk semuanya...kta akn trs mndoakan yg tbaik utk dri kta..sayang percaya kta boleh..ur family sgt cool dat day..xsngka ape yg B nk ckp d terima baik fmly B...im so eppy...now xsmpai sebulan lgi kta akn bgelar suami isteri..r u ready B??

ur B said...

insyaAllah...B ready...
nanti B akan talk one on one ngn Awan, mntak tips skit drpd dia..before, semasa & selepas nikah...utk persediaan dri sendiri...