Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Hari ini...9 May 2010...satu lagi episod Hari Ibu yang dah tertulis dalam kelendar, yang jatuh pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan May. Takda apa yang lebih happy melainkan dapat bersama mama tersayang. aha! Mama dilahirkan pada 7 Mac 1952, di Kampung Sg. Mahang, Batang Benar, Nilai, Negeri 9. Berketurunan Melayu Jaworld!hihi...bersama keluarga serba sederhana tetapi sempurna...
Mama seorang yang sangat penyayang, penyabar...and macam2 lagi kata2 indah dan pujian buat mama. Sometimes takda kata2 yang mampu diungkapkan buat mama, cukuplah sekadar dia adalah yang terbaik dalam hidup buat insan2 sekeliling yang menyayangi dia.
Ketabahan mama, sejak melahirkan Noor Brothers (my siblings,hihi), tahun '77, '79, '81, '83 & '93...bukan satu tugas yang mudah. Teringat masa aku sekolah rendah dulu, aku ni jenis yang pemalas sikit, & tak suka gi sekolah. hihi... Masa tu aku sekolah petang. Aku sorang je, and the rest sekolah pagi. Sampai je bas sekolah kat depan rumah, aku terus menyorok. Paling best? sampai konduktor bas tu turun kejar aku dalam rumah, semata-mata nak tolong mama & suruh aku gi sekolah. aha! Kalau nak dibayangkan, memang kelakarla..tapi, tu la aku dulu, suka gak menyusahkan & buat mama aku marah. Bila mama suruh gi kedai, beli barang...selalu je aku mengelak, & gaduh2 ngn awan (my 2nd eldest bro), buat mama aku selalu membebel & pening fikirkan pe'el kitorang ni.
For me, mama also 'bionic' woman...mama sanggup bangun pagi2, seawal 5 pagi rasanya, semata2 nak masak, untuk breakfirst & lunch. Dulu pernah ada orang gaji, untuk jaga aku...yela, takde sape nak jaga umah...tapi tu la, maid pun silih berganti, aku sendiri tak tau kenapa, nak kata aku nakal? biasalah budak2 kan? tapi comel wat? gud boy tau..haha!! since takde orang yang boleh masakkan untuk lunch aku, mama la yang terpaksa buat semua tu. Mama masa tu berkerja kat Pusat Latihan Kemas (PLK) Petaling Jaya. Means, hari2 mama terpaksa ulang alik, hari2 camtu. Syian mama.
Since mama melahirkan adek aku yang bongsu, which in '93, mama terpaksa berhenti kerja..sebab? my bro tu la, tak leh minum susu botol. Asyik nak susu 'gantung' je. Mama takda pilihan masa tu, even mama sangat sayangkan kerja dia masa tu, tapi sayangkan anak yang lebih dia utamakan. Tu hanya 1 contoh je, yang menggambarkan pengorbanan mama pada anak2nya. Mama cakap, kehadiran adek ni jugak, 1 hikmah...even dia terpaksa tinggalkan kerja dia, pada masa yang sama, dia dapat luangkan lebih banyak masa untuk keluarga. Fokusnya, hanya ada 1, iaitu pada ayah & anak2nya yang tercinta.
Hari ni...bila dah makin besar, aku rasa aku makin manja dengan dia. Aku makin sayangkan dia. Cuma aku tak tau samada aku mampu atau tak untuk membalas segala apa yang dia pernah buat untuk aku. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku tinggikan suara aku pada mama, dan aku taknak ingat sebenarnya. Dalam hati aku skang, hanya untuk buat mama sentiasa gembira. InsyaAllah...
Kata2 buat mama...
"Mama, anak2 mama dah bertambah...5 sediada, tambah lagi 2 org menantu..dan insyaAllah...3 minggu lagi, mama akan dapat sorang lagi menantu...pwincezz mata bulat nama dia. cucu? sediada 3 org, akan datang...2 org..akan datang lagi? hihi..ikut kuantiti, kasih sayang akan bertambah. Ikut kualiti, kasih sayang akan makin dalam. GG doakan, semoga mama panjang umur, dimurahkan rezki, diberi kesihatan yang baik, dikurniakan kebahgiaan yang tiada taranya...GG sayang mama...sangat sayangkan mama...Selamat Hari Ibu..Pn. Hajjah Marlingah Jiran.."
2 comments:
i love u Mama..i love u Mum...i love u Mummy...i love u Hubby...cayang nanes..i mish Mum B..i cant celebrate mother's day wit her...
hihi...anyway..thanks sayang coz being der 4 me, 4 my family..n 4 my mama...mama is oso ur mama..n ur mom, is oso my mom..if im in ur shoes,i know how it feel..n 4 me, its my job 2 mk sure u owes hepi, owes feel det u wit ur own family...ya, its difrent, but at least...im owes der 4 u.
Post a Comment