suasana kampung berbeza. masih kelihatan kanak2 berlari sane sini without bunga api kat tangan, ye la dh siang kan..hihi. tapi majoritinye lebih byk 'merempit' sambil bersampin berbanding yang berlari tadi. mm...tu suasana biasa skang. beza hari raya dgn hari2 biasa ialah? berbaju melayu dengan tidak je...
kseronokannya dah tak same bile kat kampung. hanya kasih nenek yang tersayang buat aku terus ingin jejak ke sana, dan sedara mara yang masih setia di halaman sendiri. masih teringat bunyi mercun papan 'pom pom pom'!! misi yang diketuai ateh dan acik mase tu, btul2 menjadikan malam syawal sentiasa berbeza. kami main care bersih, ksian kami...utk org2 yang extra pandai tu, jadikan lah teladan utk setiap kjadian. ish ish ish.
nenek setia menanti di pintu dapur. lain kali ni katenye, cucu menantu dah tambah lagi 2. welcome to kak ainun n my beloved zarith sofia. juadah raya dah tersedia dibungkus mama dari seremban. tapi nenek masih berjaya dgn skil memasaknye even dah tak berapa sihat. so? juadah bertambah..hihi. alhamdulillah. moga dipanjangkan usia nenek...utk terus bersama bahgia dengan kami, anak2, cucu2, dan cicit2 yang tersayang...
hiba sekejap bila melangkah ke teratak pak ngah. ye, ada yang lain kali ni. masih segar di mata pakngah, wajah arwah isterinya yang tercinta. tapi kuasa Tuhan tidak bisa kita nafikan...melainkan redhaNya yang kita damba. dengarnya, sume anak2 dan cucu2 berkumpul di malam raya. bangunkan kemeriahan di sebalik kehilangan, memang itu yang terbaik. alhamdulillah.
wak kamut?? alhamdulillah..sihat dia. selalu ditemani familynya yang besar dan meriah. tapi bile sampai, aku n family plak yang menggantikan kekosongan tu. yang penting, dia masih tersenyum.
soto wak long?? peghh...sentiasa terbaeekk. yang kenyang blh jadi lapa. hihi. magisnya soto aidilfitri wak long. ade yang lain kali ni...buat pertama kalinya, umah arwah wak ti dan arwah wak mat tak lagi aku dapat kunjungi. dah takde penghuni. umah tu dah reput dimakan usia. ya Allah, betul2 aku rindu suasana beraya di umah keramat tu.
banyak yang lain kali ni...suka duka...itu fitrah manusia.
No comments:
Post a Comment