Wednesday, September 22, 2010

Ampunkan...

aku tak pernah rase ia janggal...kerana ia satu fitrah yang harus ada dalam setiap sanubari kita, sebagai umat islam, yang sentiasa maukan kedamaian dan keharmonian. kemaafan sesama kita mampu membangunkan kegembiraan kepada sesapa pun yang benar2 impikannya.

berakhirnya kisah di masjid, keajaiban syawal satu ini diteruskan dengan scene yang amat aku nantikan setiap pagi syawal. sampin dibetulkan, songkok diselesakan mengikut bentuk kepala. peluh2? sapu tangan aku kan ada. mane aku mampu 'hidup' kalau ke sana ke sini tanpa 'kekasih gelapku' yang satu ni, sapu tangan. hihi.

my wife...dari berjubah hitam, yang sedondon dengan mama sewktu solat sunat td, kini dah bertukar wajah. sepersalinan dari fidz collection aku hadiahkan pada dia, tak pernah memberhentikan aku dari melakar sebuah senyuman. cantik untuk dia, cantik lagi pada pandangan aku. hihi.

sume dah siap?? daaahh..sape la yang lambat ni?? entah...aku pun tak ingat. hihi. ayah mama mula duduk di posisi masing2. living hall 1 jadi saksi saat2 indah ni. skali lagi, i mish awan..huhu.. dia takde ngn kami pagi ni. mama mulakan agenda. air mata mama selalu mempengaruhi aku untuk turut sama terlibat. hihi... sayang mama ayah.

ayah, mama, abang, kak ayu, kaklin, adek...maafkan salah silap gg...ape jua ye..
sayang...kita saling memaafkan...ini kali pertama untuk kita berdua...dan insyaAllah, akan terus kekal tradisi ni, sehingga akhir hayat kita...ampunkan saya...wahai keluargaku yang tercinta...

No comments: