Tuesday, June 5, 2012

#My2ndAnniversary

bismillah ar-rahman ar-rahim...

hashtag di atas dah berulang kali muncul di sekitar social network bertuah pilihan aku
cume di sini?ini masanya...

730 hari dilalui tanpa rasa jemu, dan insyaAllah akan berterusan begitu
tidak mengenal erti bosan, letih dan apa jua perasaan yg mampu mengundang ketidakselesaan
moga terus dijauhkan segala anaser yang tidak sihat dan dimurkaiNya...

730 hari yang lepas
aku menyempurnakan akad dan lafaz ijab dan kabul bersama isteri tercinta...
zarith sofia zolkipli
janji pada Allah
janji pada kedua2 ayah...kedua2 bonda
janji pada keluarga
janji pada isteri
janji pada diri sendiri
untuk menjadi suami yang baik
menggalas tanggungjawab rumahtangga
untuk terus setia tanpa dusta
ini janji2 yang hanya sebahagian daripada pelbagai lagi...

untuk hari2 dan tahun2 yang mendatang
janji2 ini akan terus tersemat dalam kalbu
dan akan terus dipadukan dengan usaha dan istiqomah...

syukran,
atas doa2 kalian yang menyayangi kami
restu ikhlas tiada tara...

buat isteri, mama dan sayang...
selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke2
moga Allah terus melindungi perjalanan hidup kita bersama

jazakallah...


#mysolemnisation, June 5,2010

#mamapreggy, July 23,2011

#ourGift, July 29, 2011

#nowHappilyUs, May 19, 2012

#papadanishmama

No comments: