Friday, April 30, 2010

Bowling, UST & Red Army...

Salam...

Ada beberapa jam je lagi sebelum Pertandingan Bowling antara Individu & Bahagian MATRADE dimulakan..aha! InsyaAllah aku akan turut sama menyemarakkan lagi aktiviti tahunan yang dah jadi kegemaran semua warga MATRADE..aha!

It seems like Biro Sukan tahun ni memamg sibuk susun aktiviti demi kepuasan dan kesempurnaan untuk semua ahli kelab..which is very gud, gud & gud.hihi. Sebelum ni kita dah ada pertandingan ping pong (aku tak masuk, sebab kalau main pun suka2 je, tu pun sekadar main ngn bros n my sis), lepas tu ada futsal...which is held last week...(aku join, tapi dah sangkut kat group stage..huhu...honestly I feel very dissapointed bout it)...dan hari ni? yeah!!bowling!!!

Bowling ni...memangla bukan kepakaran aku, tapi kadang2 berbekalkan hobi dan suke2 ni lah yang buat kita berani nak cuba sesuatu..aha! Best main bowling.sriusly leh buat kita destressed. Nak tau berkesan ke tak? kenalah cuba sendiri. Aha! my pwincezz mata bulat pun akan join gak malam ni...(dia dah set nak book bola warna pink, maybe size 9 kot...hihi..). And of coz, she will together with her LK members (who's LK actually?? lain crita ha...hihi).

Bercerita psl LK ni...team ni pernah jadi urusetia (UST) untuk pertandingan futsal hari tu..then, disebabkan prestasi, komitmen dan kerjasama yang TERBAEEEK daripada diorang, LK 'dijemput' lagi untuk jadi UST untuk event hari ini. Tapi hari ni lain skit, sebab...aku pun join jugak jadi UST..huhu..mula2 macam...(ooo...xmo xmo xmo...malasnya...) tapi??? sekali sekala...apa salahnya...lagipun my pwincezz mata bulat yang ajak, corporate sikit beb...xmo sombong, xmo malas ok..aha!

Malam ni...team aku...team BPPP akan jadi RED ARMY...(bukan serpihan reformist thailand ye). Baru nampak gempak & digeruni!! aha!...and team UST pun pakai RED jugak..ok la tu (siap bershopping lagi beli tshirt baru!!yay!! aku pun ade gak! thanks pwincezz)..gud gud!!

So guyzz!!
Good luck untuk sume!!
pastikan misi utama kita tercapai...bukan kemenangan yang dicari..tapi ukhwah yang murni sesama MATRADERS yang harus digali dan dipelihara..

Untuk aku sendiri...target 100++ points untuk per game!! aha! at least boleh jadi Top 5 BPPP!!insyaAllah...i'll do my best!
Untuk my pwincezz mata bulat...have fun ya sayang!! baik2 baling bola tu..jaga diri, jaga peribadi!
Untuk kawan2 yang lain...gud luck gud luck gud luck!!

STRIIIKKKKEEEE!!

Enjoyment to My FFF!!

Salam guyzz...

Tepat jam 10.15, aku bukak page 'New Post' ni.hihi. Tengok je tab 'New Post' ni, dia ada 'best friends', macam 'Edit Posts', 'Edit Pages', 'Comment Moderation'..haha...tiba2 interested dengan semua benda2 ni, yelakan..this is just my 2nd day using this blog..so that everythings that go thru in front of my eyes look something interesting and exciting to jot down. Seriusly banyak lagi 'benda2' yang menarik untuk aku explore dalam blog ni...doing a new thing is always a learning process, and it will never end even we already reach the ending. Good things ha?

Mm...my 1st post for today, I would like to forward my enjoyment to my 'FFF'!! hihi...what is actually 'FFF' means?? 'FFF' can be defined as a First Five Followerzz!!haha...sounds like so gempak...but ya..for me its really gempak...FFF.

Thanks to Sofia (my pwincezz mata bulat,I can't let even one day w/out read her blog), Supian (graphic specialist and nasi kukus jln duta follower), Siti Hajjar (little girl who really love her friends more than herself), Nadi (owes der for my pwincezz, with her Nikon) & tatak Halimaton a.k.a Galuh Cendra Kirana (sista who being one of the best cupid in the world).. Ya once I completed my blog yesterday, these are the person that I can't wait to let them know. I hope there will be more & more after this. They always give a very good support & positive influences in my present life. Feel free to forward any comments, whether it pros or cons...unless I have something to refer and as special person & friends of mine, all of u is one the best guidance that I have. I'll try to find the best material for my blog, so that all of us won't feel bored bout it..I wish...

Wish all of us...HAVE A NICE DAY!!
and THANK YOU guyzz for ur support!!

'Aku Ada' adjourned at 10.50 am.

Thursday, April 29, 2010

Mee Kolok & Masak Lemak Cili Api??

Salam semua...

Ya, this is my 2nd post...
since my prologue have been posted in last couple of minutes, I think the 'aura' is coming..hihi..

Actually it's hard to jot down something that we didn't exactly faced in our life daily...means to create something new its guite hard, without reading, sharing stories with others, and without getting through life experiences. Being someone who loves blogging can make us better person in terms of developing 'inside' our own personality..hihi. There's no one can know you more than ourselve. Am I right?? Look at the mirror guys..now now now!

Bercakap pasal Mee Kolok & Masak Lemak Cili Api...
Semua orang tau benda-benda tu makanan..ya of coz sangat sedap.
Kalau mee kolok...origin from Sarawak..kiranya ni masakan tradisional yang paling popular kt Sarawak. Memang banyak 'secret2 recipy' dari sane, tp mee kolok ni la yang paling besh and favourite aku.hihi...
Masak lemak cili api? ya of coz origin from Negeri Sembilan...tapi sebenarnya aku tak tau kat mana asal yang 'sebenarnya2nya' masakan ni, sbb masakan melayu kita ni ada dipengaruhi masakan2 dari Indonesia...apapun, yang penting halal dan sedap!hihi.

Mungkin biasa pada pandangan orang lain, tapi bagi aku 'resipi' Mee Kolok & Masak Lemak Cili Api punya keistimewaannya yang tersendiri..

Tahun 1988, pada usia 5 tahun lebih (dh nak masuk 6 kot..), aku makan mee kolok buat pertama kalinya..mestilah masa tu kat Sarawak..aha! Pasar Satok menjadi lokasi setia untuk menjamu my favourite mee kolok. Puncanya?aku dan family dikehendaki menetap kat sana atas urusan kerja ayah aku. Ayah telah dipertanggungjawabkan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang. okok, berbalik pade kisah mee kolok tadi...after 2 years, aku balik semenanjung, tempat asal..seremban.huhu..so no more mee kolok after that. Mee kolok susah nak cari kat sini, sebab kebanyakan orang kata MEE nk wat mee kolok takde jual kat sini..hihi.so how??

And then,beberapa tahun lepas tu, lama jugakla...last makan, tahun 1990...and now dapat makan balik tahun 2009..ha?lama tak? cuba kira??hihi...
Alhamdulillah, setelah sekian lama 'merindukan' mee kolok, akhirnya bertemu jua..sebab apa?? sebabnya...sebabnya...aku telah dipertemukan dengan si dia..hihi..(dia membaca sambil tersenyum)..betul tak cik Zarith Sofia?hihi...sampai je Sarawak sempena pertunangan aku ngn dia, terus cari mee kolok..hihi..(complement to Mee Kolok Hj. Sari dan Kubah Ria).

Masak lemak cili api...rupa2nya makanan kegemaran dia!!ape tak nya..mula-mula kenal dulu pun, kalau makan nasi campur, Sofia mesti cari kuah kuning (masak lemak cili api la ni...).Aku, memang dari azali lagi dah dididik untuk 'mencintai' masak lemak cili api ni, yela kan..orang nogoghi...Resipi mama, hasil turun temurun daripada nenek sangat istimewa...buat masakan ni antara yang terbaik pernah aku rasa sepanjang usia.memang terbaeeekk!!

Kesimpulannya...'resipi' atau hikayat mee kolok dan masak lemak cili api ni dah sebati dengan kehidupan aku dan dia...secara simboliknya...ia dah menjadi lambang hubungan kami antara 2 negeri..even secara geografinya kami terpisah antara laut china selatan, tapi hakikatnya takdir telah menyatukan kami berdua...ikan di laut, asam di darat...bertemu juga di? di? dalam kuali...hihi..itulah kuasa Tuhan yang Maha Esa. I love my destiny..alhamdulillah...

Nak makan mee kolok? Jom gi Dapur Sarawak kat Setapak.
Nak makan masak lemak cili api? yang terbaeek hanya di 365,Persiaran Rajawali,Taman Paroi Jaya,Seremban.hihi..(don't worry, mama owes available to teach my Sofia how to cook the best masak lemak cili api in the world..insyaAllah...)

I wrap up my 2nd post with...wassalam...

Wednesday, April 28, 2010

AKU ADA...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Bicara dimulakan...
Alhamdulillah...
AKU ADA di sini untuk mengisi ruang prolog ini.
Syukur ke hadratNya AKU ADA lagi di atas kurniaan bumi yang sangat indah.
AKU ADA di sini pada waktu dan masa yang Engkau jua ciptakan.
Berjalan, berlari, seiring dengan nafas untuk AKU terus ADA dalam menggapai cita-cita.
Di sini jua, AKU ADA untuk bersama insan-insan yang kenal erti cinta, kasih sayang, setiakawan, dan saling merestukan dalam redha Allah SWT.

AKU ADA keluarga, yang mana bagi aku sangat sempurna...diketuai Hj. Shahidan Mokhtar, bersama permaisuri tercinta, mama Hjh. Marlingah Jiran. Alhamdulillah...dikurniakan anugerah yang tidak terbanding nilainya...kelahiran Abg (Idzam Noor), Kaklin (Edzlin Noor), Awan (Idzwan Noor), AKU (Hadzizi Noor),dan adek (Faidz Noor)...menceriakan dan melengkapkan lagi pasukan SM NOOR United ini (ada link with Manchester United). hihi...

AKU ADA nenek...nenda Pesah, di kampung Mantin Dalam.
AKU ADA kakak ipar...Kak Ayu (married to Abg) & Kak Ainun (married to Awan)...
AKU ADA anak2 buah yg sntiasa comel even diorang sume nanti akan membesar...hihi..salam owes cute buat lil' bro Affiq,lil' sis Athirah & lil' sis Alesya..
insyaAllah..AKU akan ADA 2 lagi anak buah yang bakal dilahirkan...mm bile ye??(i'll check with both of them later...)

mm...
hampir 2 tahun 1 bulan yang lalu...AKU ADA seorang kawan
lepas tu..hampir 2 tahun yang lalu...AKU ADA seorang girlfriend
then...hampir 1 tahun yang lalu...AKU ADA seorang tunang
and InsyaAllah...37 hari lagi..dari hari ni...AKU akan ADA seorang isteri
AKU ADA...Zarith Sofia Zolkipli...my pelangi,my magic,my mumy,my amee,my sayang,my pwincezz mata bulat (amee,xmo mawah...hihi)
seorang insan yang sangat tabah di sebalik sifat manjanya...
ADA kekuatan dan ketegasan dalam kelembutannya...
ADA kasih sayang dan keceriaan dalam kata-katanya...
ADA rasa ingin tahu dalam setiap ketidakpastian pada hatinya...
ADA keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bersama-samanya...
dan dia ADA AKU untuk menemaninya..seumur hidupnya..InsyaAllah.

Alhamdulillah...AKU ADA segalanya yang diimpikan sebagai seorang khalifah di bumi Allah.
Meskipun tiada kesempurnaan melainkan diriNYA, AKU sangat bersyukur dengan apa yang AKU ADA.
Terima kasih, thank you, syukran, xe xe, gracias, kam sa ham ni da, arigato kozaimas.
Salam buat semua...
Kini AKU ADA di sini...