Friday, April 12, 2013

Ini masanya...

penantian yang dulunya satu penyeksaan
kini dah menjadi kenyataan
tiada lagi rahsia
tiada lagi pura-pura
yang nyatanya pentas sudah dibuka
sudah tiba persembahan dimulakan

pastikan...
pastikan persembahan yang ditunjukkan punya kualiti tersendiri
strategi dan modus operandinya harus hebat
gunakan idea dan caramu yang asli
usah disalin mana-mana sumber yang nyatanya bukan kepunyaanmu

kalau dicerita di sini
pastinya aku dah ada pilihan di hati
aku dah tetapkan, takkan ada yang mampu mengubah
sesuatu perlu dan harus dilakukan
kalau bukan aku atau bukan kita
siapa lagi yang akan laksanakan...

mungkin kali ini
hari ini saat ini
kebenaran, keikhlasan dan pembaharuan akan terjadi
aku mau itu semua...
ye aku mau...


No comments: