Wednesday, March 6, 2013

Tanda Tanya

bila agaknye sume ni nk berakhir?
dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain..
asyik ditangguhkan sahaja...

hampir 365 hari usianya, sejak kali pertama aku dgr khabar angin ini
tp hingga ke saat ini, keadaan masih sama..terus bertanda tanya

belum abis isu sedia ada dibahaskan
muncul pula isu lain yg lebih hangat dan segar
apapun puncanya, jangan hanya terus tuding jari kepada sesiapa
cukuplah sekadar tanya pada diri apa silapnya...

tapi yang nyata
masanya hampir tiba
kali ni tiada ruang lagi untuk mengelak
usianya dah cukup matang dan masak sekali
kalau tidak melalui laungan kata-kata
ia termaktub dalam perlembagaan negara..
ya masanya hampir tiba

peluang dah diberi
tanggungjawab dah ditunaikan
terima kasih atas segalanya
aku menerima tak semesti aku harus memberi
tapi yang pasti, aku akan terus memelihara amanah pada diri sendiri
untuk terus mengerah segala kudrat sebaik dan seikhlas yang mungkin

aku mohon perubahan
aku harap pembaharuan
klu ada yang bertanya "kenapa perlu berubah?"
aku akan jawab dengan soalan "kenapa tidak boleh berubah?"

tanda tanya, akan berakhir suatu hari nanti.

jazakallah.

No comments: