Saturday, February 5, 2011

P u r n a m a 8

air mata dia menitis...dia masih bertanya benar atau tak? aku mula risau ape sebenarnya berlaku, risau risau dan risau sungguh aku. ape lagi dugaan yang datang ni. ade sesuatu yang menganggu fikiran dia. masyaAllah, ini dugaan yang terbaru. ini bukan yang pertama kali, dan berulang sebenarnya, tapi setiap kali ia berlaku, ia bagaikan pertama kali.

situasi makin berat, bila ia menyentuh perasaan seorang isteri, yang nyata hatinya lembut dan terguris dengan kata2 itu. dia jelaskan situasi sebenar, dan aku pula sentiasa berada di sisi dia untuk meyakinkan apa yang benar2 tersurat tanpa ada yang tersirat.

kisah silam, akan terus menghantui, jika kita sendiri tidak mampu percaya dan yakin dengan keindahan ceritera kita sekarang. kata-kata lama blh jadi panduan, tapi bukan 1 hukuman. ia sebenarnya 1 pengalaman untuk kita terus mensyukuri dan menghargai sebuah kehidupan. kamu dah berkorban segala-galanya untuk buktikan yang kamu memang dah ditakdirkan bersamaku. alhamdulillah.

aku, suamimu...yang punya kelemahan dan kekurangan adanya. duduk setia di sisi kamu dengan amanah dan tanggungjawab yang tiada akhirnya, insyaAllah hingga hujung nyawa. aku tahu kamu perlu aku sehingga akhir hayatmu, untuk kamu terus bahagia dalam mohabbatein ini. begitu juga aku. tapi ini semua ini takkan bererti kalau tiada cinta Dia di sisi kita. justeru, sentiasalah kita bersama memperbaiki diri dari semasa ke semasa. aku perlu jadi contoh yang baik pada kamu, kerna itu yang sewajib dan seharusnya.

kini, dalam diri kamu punya 2 nyawa. lapar dia, lapar lah kamu. dahaga dia, dahagalah kamu. hihi. sungguh comelnya situasi ni, nyata tawa dan hiba bersatu dalam menyatakan kesyukuran dengan anugerah ini. bukan hanya untuk purnama ini, tapi insyaAllah ada pelbagai lagi yang bakal wujud dalam tempoh istimewa ini.


 
wahai isteri, tiada lagi di sudut lain di hati ini yang diisi insan selain diri kamu. ada yang kata dia istimewa? tiada yang seistimewa kamu. ada yang kata dia yang terbaik? tiada yang terbaik selain dirimu. ada yang kata dia sayang? tiada yang mampu menyayangi aku selain dari kamu. ada yang kata dia cinta? tiada yang seindah cinta kamu. ya, kamu tidak sempurna, dan tiada yang sempurna, tapi cukuplah kamu sempurna di mata ku.
kamu, isteriku...ini purnama 8 kita. kamu ragu ingin tahu, kini aku nyatakan satu persatu bahawa kamu adalah cintaku, yang pertama dan terakhir bagiku. aku mahu hidup selamanya bersama cinta kamu, dan tiada yang sehebat dan seindah cinta kamu dan cintaNya padaku.

aku cinta kamu...seumur hidupku...wahai isteriku.

4 comments:

..FAIDZ NOOR.. said...

to my bro n lovely sis..
adek always pray for both of you..
moga kekal terus hingga ke akhir hayat.
i love both of you!
mmuah!<3

UrBelovedWiffy said...

im touching...so sweet from u hubby..ya, ade jugak yg stil x menghormati hubungan orglain..terima kasih jugak kerna trs memahami..sayang punya kelemahan sayang tp sayang ade hubby tuk trs membantu sayang..maafkan sayang d ats kelemahan ini ya..

ZZnoor said...

adek : tq so much...insyaAllah moga kekal ke akhir hayat...we love u too bro!

UrBelovedHubby said...

sayang...kemaafan untuk sayang takkan pernah terpadam selagi hayat hubby dikandung badan..insyaAllah