Tuesday, June 15, 2010

Part 2 : Ijab & Kabul

Sejukknye tido malam tadi. Ape taknya, locate tilam betul2 depan air-cond. huhu. Memang terbaeeek!! Rumah Homestay bertempat di Heritage memang selesa. My family ditempatkan dalam 2 buah rumah, sebelah2 je, No.62 & No.63. Alhamdulillah selesa, kelengkapan sume dah ada.

Pagi ni...aku bangun..aku sedar..hari ni dah 5 Jun 2010..hari ni, hari Ijab & Kabul aku dengan pwincezz mata bulat. Sekejap je masa berlalu, dah tiba saatnya. Dari minggu sebelumnya, aku 'menunggu' pelbagai jenis perasaan yang bakal datang dalam diri aku ni. huhu. Dan hari ni??? ya! perasaan2 tu memang betul2 wujud. Gementar, risau, an of coz bersyukur dan gembira dengan takdir ii.

Bangun je subuh, dan lepas solat..mata dah tak mampu nak lelap lagi. Mungkin aku taknak biarkan sesaat pun dibiarkan camtu saja untuk hari ni. Apepun gerak geri dan langkah aku hari ni, ada makna yang tersendiri. Sebab hari ni, bakal tertulis sebuah lagi sejarah yang sangat besar dalam hidup aku.

Setiap persediaan telah dilakukan...dari segi materialnya, my family dah banyak membantu. Dari segi dalaman diri sendiri, insyaAllah.. aku rasa aku dah bersedia untuk menempuh hari ni yang aku rasa cukup sempurna.

Makan dah mula rasa tak lalu..bayangkan mee kolok hj. salleh feveret aku? aku tak makan der...huhu. cepat kenyang!! huhu..orang sume sibuk penuhkan meja makan nk break1st same2, tapi aku? layan movie 'Papadom' kat laptop kaklin..hihi. best best!!

Tik tok tik tok...masa untuk bersiap...masa untuk sume org bersiap. Kereta peranten akan sampai dalam kul 0200pm. Tema family aku hari ni, Green Lovers!! hihi. Aku plak, persalinan 'Putih Pink' hasil jahitan DzulClassique & Teh Songket, tajaan diri sendiri. hihi.

'Mystique Red' dah bersedia untuk menghiasi delegasi pernikahan aku & pwincezz mata bulat. InsyaAllah, akan dibalas oleh pihak pwincezz dengan 'Glitter Pearl'. Cant wait the moments come.

Sebelum perjalanan dimulakan, kaklin sibuk membuat rakaman video. Kata2 nasihat dan pesanan drpd sume ahli keluarga tercinta menjadi sasaran rakaman. Sesi memohon kemaafan adalah antara saat2 yang takkan aku lupakan. Sampai saat ni skalipun, aku masih sebak bila meingingatkan kate2 dan pesanan mereka pd aku...kata awan dan abang paling memberi kesan. Doa yang dipenghulukan Awan mengiringi perjalanan kami...

**

Aku mulakan langkah kanan dari kereta menuju ke dalam rumah pwincezz. Alamak? now aku rasa betul2 neves. Dalam hati aku, janganlah aku menangis lagi. (rsnya tak kot, sbb dah bnyk menangis kat umah aku td..hihi). Ramainya tetamu menanti. Aku dapat lihat wajah2 yang memberi restu atas pertemuan ini. Alhamdulillah...

Kami disambut dengan sesi 'berbalas pantun'.. Wak Yusak & Wa Sari saling membalas pantun dan dihiasi dengan senyuman. Kedudukan antara delegasi dipisahkan antara 'Mystique Red' dan 'Glitter Pearl'. Meriah & cantik hantaran kitorang!! wa!!

Aku dah bersila di depan kedua2 belah keluarga tercinta..di depan jurunikah, wali dan saksi2. Bakal isteri aku pun dah selesa duduk bersimpuh di sebelah aku. Dah ada bakal suami, bakal isteri, saksi, wali dan insyaAllah kejap lagi..akan ada Ijab & Kabul. Rukun nikah dah hampir lengkap.

Ayahanda mertua dah bersedia untuk melaksanakan sesi akad nikah dengan tips2 daripada Nek Yak. Text yang proper dah tersedia untuk pap bacakan. Kami saling berpandangan dan berjabat tangan...lalu...
"Hadzizi Noor b. Hj Shahidan, aku nikahkan dikau dengan anakandaku Zarith Sofia bt. Zolkipli dengan mas kahwinnya RM120 tunai..."...aku menjawab.."Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut..."

Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi suami kepada my pwincezz mata bulat. Dalam beberapa saat je td, takdir ini benar2 dah menjadi takdir kami. Bukan lagi kata2, bukan lagi khayalan, dan bukan lagi mainan. Tanggungjawab di bahu semakin berat. InsyaAllah, moga dipermudahkan laluan dan kehidupan kami berdua. Takdir ini benar2 indah buat aku, pwincezz dan keluarga kami semua. Moga ikatan yang sah ini, akan terus berada dalam redha dan restuNya.

No comments: