Thursday, June 3, 2010

Indahnya Destiny Ini...


Zarah yang mengalir di hatimu bukti ada sesuatu
Angkara hikayat tanpa pangkal dan hujungnya yang tidak kita tahu
Rentetan memori silam buat dirimu cuba berada di depan mataku
Insan yang hanya tau lihat dan menilai dari jauh siapa diriku
Tohmahan ditepis demi merungkai sendiri apa yang dirimu mahu
Hebatnya kesungguhanmu sehingga diriku dapat dan ingin mengenalimu

Salahnya tiada bila kita mula berbicara
Onak dan duri silam mula dikongsi bersama
Fasa kehidupan biasa yang kita sedar bahawa setiap insan ada kisahnya
Itu benar dan tiada niat untuk kita berdusta
Awan indah mula meliputi angkasa kita lantaran cerita dan keinginan yang ikhlas semata-mata

Cahaya senyuman mula terukir di bibir kita
Impian untuk mula melangkah ke sesuatu yang segar kini bertemu di garisan permulaannya
Namun dugaan datang dan pergi sesuka hati dia
Tanpa cintaNya dan kehendakNya jua kita pasti tidak mampu untuk melaluinya
Amanah daripada hati terus beri kekuatan untuk terus berada di landasan kemahuan kita

Harapan diluah untuk beritahu apa sebenarnya hakikat di hatiku
Amarah dan kesedihan dulu mula pudar bila dapat bersama dirimu
Damba keikhlasan dan RSVP darimu bukti diriku tak bertepuk sebelah tangan dan menongkat dagu
Zon dalam hati mula terisi kisah baru dan bersedia untuk membina mahligai baru
Intai hatimu jua agar diriku tak perendahkan hak-hak asasi yang berhak dipikul di bahumu
Zat-zat cinta dari Allah memang benar wujud untuk kita gali dan buru
Imbuhan daripada sebuah pertemuan yang tidak pernah kita ragu

Neon dari cahayaNya masih dan akan selalu kita dambakan
Obor api yang panas moga jadi dingin dengan wujudnya kesetiaan
Ombak laut yang deras moga jadi tenang dengan adanya kepercayaan
Rentetetan sebuah destiny yang sangat indah tanpa sempadan

Jazakallah...

No comments: