Friday, November 5, 2010

Bisikkan pada dia

kelmarin...ku bisikkan pada dia
kenapa ye? dia bisik semula padaku
aku dengar...dan dia geleng kepala
ku balas, tidak mengapa, bukan ini kalinya
belum tiba rezki untuk kita.

kelmarin...ku bisikkan pada dia
apa ye? dia bisik semula padaku
aku dengar...yang dia tertekan dengan keadaan semasa
ku balas, tidak mengapa, luahkanlah padaku
kita perlu sabar, nescaya akan ada hikmahnya kelak.

kelmarin...ku bisikkan pada dia
mengapa ye? dia bisik semula padaku
aku dengar...dia rasa tidak sihat, nak demam mungkinnya
ku balas...yang mana sakit, biar ku ubat dan rawat
buat dia percaya aku selalu ada untuk dia.

kelmarin...ku bisikkan pada dia
apa ye? dia bisik semula padaku
aku dengar...hari ni, dia nak berjalan-jalan
ku balas...dengan senyuman sambil berkata 'ye'
lets have fun together.

hari ni...ku bisikkan pada dia
kenapa ye? dia terpinga-pinga
aku kata, tunjukkan padaku barang yang dia baru saja miliki
ku terus sambung...
"Selamat Ulangbulan perkahwinan kita yg ke5 sayang.."
dia tersenyum, dengan kata-kata penghargaan
bersama... kucupan istimewa.

I love u...my pwincezz mata bulat.

1 comment:

UrBelovedWiffy said...

Salam Hubby..alhamdulillah kini 5 bulan kita bersama as SUAMI ISTERI..terima kasih utk segalanya..Hubby nk tau x, wallet yg Hubby hadiahkn itu soooooo GORGEOUSZ!! i love it soooo much...muahhhhh kiss kiss...