Tuesday, October 5, 2010

120 days...

malam semalam...aku tau, aku tertidur sebelum dia pejamkan mata. ya, itu perkara luar biasa, yang biasanye? aku yang dodoikan dia untuk lebih dulu lena sebelum aku. mungkin aku, bukan mungkin, tapi memang aku mengantuk sangat lantaran tido yang tak cukup. iye, bila aku terjaga, dia kejutkan...kata dia, dah sedia nak tido.

muka dia cembeng, xmau aku teruskan mimpi aku. dia nak aku dodoikan dia dulu, agar dia boleh bermimpi bersama aku. aku mere melek, tapi masih sempat lihat matanya yang bulat tu merenung aku. aku senyum tanda maaf, dia senyum tanda terima. kami pun lena..

pagi ni, kami bangun...aku dulu buka mata, beri sedikit masa untuk dia untuk menyusulinya. sempat aku kucup pipinya tanda aku bangun dulu, agar dia tak terkejut bila lihat aku tiada disisinya bila dia terjaga nanti.

hari ni, kami buka mata dan bernafas bersama untuk ke 120 hari nya...sejak akad yang dah kulafaz 120 hari sebelumnya, hari ni muncul untuk lihat kami bersama bahagia. 120 hari...dikira mengikut hari, sikit jumlahnya...dikira mengikut bulan, lagi sikit bilangannya...dikira mengikut tahun, belum sampai waktunya. yang penting, sejauh dan sedalam mana perjalanan dan dugaan yang dah dan akan ditempuhi bersama. moga redha Allah sentiasa bersama.

sebagai suami, aku selalu berpesan pada dia dan diri aku jua, sentiasa berniat dan berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. suami yang lebih baik, isteri yang lebih baik. dan selalu berdoa, insyaAllah 1 hari nanti untuk jadi ayah dan ibu yang terbaik. insyaAllah...

sayang, selamat ulang bulan perkahwinan kita yg ke4. hubby cinta sayang selalu...moga cinta kita sentiasa dalam lindungan dan redha Allah hendaknya. hubby akan selalu doakan & nantikan fasa baru dalam hidup kita..i love u!! wormy tooo...hihi. have a nice day sayang!!!

4 comments:

UrBelovedWiffy said...

Hubby,
Ya Allah terharunye Sayang..terima kasih Hubby utk segala2nya..Sayang bahagia sinc berkongsi hidup bersama Hubby..Sungguh sayang terharu dgn ceritera or luahan Hubby..Terima Kasih Sayangku..I LOVE U...muahhhhhh

Nadnadnadiiiiii'ku said...

saya nak bagi tau, saya selalu tersentuh bila baca luahan zz... Alhamdulillah korg ditemukan jodoh. sy sentiasa doa awakorg bahagia ke akhirnya.. sebab, saya sayang awkorg sangat! sumpah sayang! =')

UrBelovedHubby said...

Sayang,
terima kasih utk sayang jugak, sbb klu sayang xde dcc hubby, hubby pun xdpt rs n luahkan sume ni utk sayang...i love u too..mmuahh

Zz said...

hye nadi,
alhamdulillah...
terima kasih ats doa2 awak utk kami. terus bersahabat bersama kami, at least klu sy xde dcc pwincezz, awk ade utk menemani dia..