Wednesday, October 6, 2010

Kisah Mee Bandung Pwincezz

kisah bermula apabila mama menyediakan mee bandung sbg juadah buat tetamu petang tu (sabtu,2/10/10). ayah kaklin dah mula merasa, tapi aku dan pwincezz mata bulat kata tunggu bila perut dah mula nak menerima. mama masak banyak, insyaAllah ade lebih buat santapan kami berdua.

lalalala...tetamu datang. aku tanya pada ayah dan mama, sape? mama cakap ni jejak kasih. sedara belah ayah, ni lah kali kedua berjumpa sejak 34 tahun katenye. huhu, lame tu. ya, memang lama..sampai aku n adik beradik sume xpnah knal mereka sebelum ni. alhamdulillah, kuasa Dia dipertemukan smula.

lalala...tetamu makan, alhamdulillah, berselera sumenye. tibe2, kaklin 'topup' kuah mee bandung di meja utama tetamu, dia cakap pelan2 kat kami..."hihi..kuah dah abis...later on la kaklin masakkan lagi utk korang..." hahaha. dah abis ke?? muncung dalam senyum je aku dan pwincezz.

mama dah mule risau, ape aku n pwincezz nk makan ni?? aku cakap xpe...mama ckp nk buat kuah mee bandung tu senang jew...teruss?? pwincezz bertanya bgaimana carenye?? dalam hati masih nak rase mee bandung tu...huhu.

lalala..mama ckp, beli je 'pes kuah' tu kt kdai...(cara2 masak xperlu dimasukkan kat sini, tnye pwincezz je senang..hihi)..lalala..oooo camtu je ke ma? hihi.. senang bunyinye tu.

esoknye (ahad,3/10/10), after done masak laksa johor wit mama, pwincezz trus ajak aku beli 'pes kuah' tu. jom jom jom!!! lalala..sampai je kt kedai?? alamak? pakcik tu dah nk tutup kdai..huhu..noooooo. 

lalu...pwincezz cakap.."hubby..tlg tnye pakcik tu...pls pls...sayang nak beli gak pes kuah tu...pls pls.." "pakcik, kedai dah tutup ke? (sdh gaharu cndana pula, dah tau bertanya pula..haha).." "adek nak bli ape?" "pes kuah mee bandung pakcik..." "ok..boleh..." hahaha...rezki namanye...alhamdulillah. klu aku lambat gi, ntah2 pakcik tu dah balik...langsung xde can nak beli.

semalam (selasa,5/10/10), hajat pwincezz nak buat mee bandung termakbul jua. dia nak hidangkan mee bandung tu sempena jamuan raya untuk kelas mengaji dia. sambil2 tu, dia nak jamu jugak utk colleagues floor dia. ni 1st time dia buat, trainee mama la ni. hihi. harap sgt menjadi, hrp sgt sedap ye sayang...insyaAllah.

lalala...moga2 kwn2 n ustazah pwincezz berselera dgn percubaan pertama mee bandung ni. Inilah kisah mee bandung dan hasrat murni pwincezz...aku?? mm...pembantu chef la!! lalala...

No comments: