Wednesday, January 5, 2011

P u r n a m a 7

mau jambu batu dengan garam...mau biskut...no air milo, no air teh, just mau air buah such as tembikai, ataupun air sirap. mau minum susu? huhu... nya sikmo minum susu. untuk 7 hari yang pertama, maybe dia mengalah, tapi lama2, dia terpaksa akur dengan keadaan semasa, yang dia belum boleh menerima susu sepenuhnya.

dia sering mengadu..."hubby, sayang sick... sayang lazyy.." kesiannya dia, hanya frasa sabar je yang mampu saya ungkapkan pada dia. sabar tempuh dugaan ini... selalu ku yakinkan pada dia, jangan risau...saya selalu ada dengan dia, jangan pernah rase keseorangan, jangan pernah rasa tertekan... ini sume dugaan indah untuk kita berdua.

masih jelas tergambar di saat2 awal purnama 7 ni datang, anugerah ini hadir tatkala kami menantinya dalam diam. insan2 sekeliling senyum syukur dan berpesan dengan frasa2 menarik dan positif. khabar tangisan dari jauh yang dipisahkan oleh lebuhraya utara selatan & laut china selatan...cukup menyatakan mereka sume gembira dengan utusan Allah ini.

ini hanya ringkasan daripada pelbagai lagi intisari menarik kehidupan saya dan dia sepanjang purnama 7 kami bersama. yang dinanti telahpun kami miliki, even ia di peringkat permulaan, nyata perjalanan yang seterusnya bakal menjanjikan pengalaman2 dan kenangan2 yang lebih manis buat kami. mulai purnama 7 ini, bukan hanya kisah kita berdua...tapi bertiga. hubby, sayang & baby...
  

sayang...selamat ulang bulan perkahwinan kita yang ke7. moga sayang terus diberi kekuatan, kesihatan dan ketenangan untuk menempuh episod bersiri 9 bulan bersama baby dalam kandungan sayang. untuk kita semua, moga Dia beri perlindungan dan lebih kasih sayang...i love u & u...

ini p u r n a m a 7 kita...

4 comments:

wahida said...

semoga kalian tabah menghadapi trimester pertama ni..semoga Allah permudahkan segalanya...amin...

ct shah said...

mmg trimester pertama amat menguji diri dan emosi seorg yg baru nak bergelar ibu.selalunya sampai 3 months jer pastu ok dah.ini pada pengalaman sayalah.pia kena byk bersabar.ini satu ujian yg amat manis.oh,rasa cam nak preggy balik.huhu...

ZZnoor said...

kak wahida :
insyaAllah...syukran atas doa akak.

ZZnoor said...

ct : hihi...experience mcm awk org ni yg plg useful utk pwincezz sy tu..if she needs anything from u..ya such as advise ke...feel free to share ye? thanks..
nk preggy lagi? insyaAllah, ade rezki nt tu...