selalu teringat, klu lepas puasa, dia mesti tak sabar nak kira hari untuk beraya..n then bila dah beraya, dia mesti sangat sangat excited pkkan pasal? pasal? pasal her birthday!!! hihi...ya, my wife...biarpun masa berubah, status berubah, dan pastinya usianya pun dah berubah...keterujaan dia dengan tarikh keramat 31 Mac setiap tahun tak pernah padam.
kalau air mata dia menitis, hari ni dia selalu bersama keluarga tersayang, sama2 meraikan hari jadi yang penuh makna. itu dah biasa berlaku kalau diimbas beberapa tahun yang lepas. tapi sejak 2008, tangisan gembira itu selalu bertukar sebaliknya, wajah mom pap, dan adik2 beradik kecintaannya jauh dari mata.
gerangan aku, yang dulu hadirnya sebagai kawan, kekasih, tunang dan kini suaminya...sebenarnya masih belum mampu menggantikan airmatanya yang dah pernah dan akan sentiasa jatuh. tapi hadirnya aku dalam hidup dia...mampu menyedarkan dia, bahawa kegembiraan dan kebahgiaan itu sentiasa wujud untuk dia...
ini tahun ke3 aku bersama dia di hari lahirnya...dan hari ni kali ke 26 kelahiran dia...menjadi sebahagian dalam kehidupan dia, adalah perkara terbaik pernah aku ada. ya, di kala ulangtahun kelahiran untuk tahun yg ke 26 ini, aku percaya, dia akan lebih matang segaris usianya...bakal jadi ibu yang mithali, dan terus mengorak langkah untuk jadi isteri yang solehah. insyaAllah.
sayang,
ketenangan dan ketabahan adalah perkara paling indah untuk melalui setiap dugaan. hari ni, akan terus jadi titik mula untuk ke arah yang lebih baik. hanya dipisahkan beberapa purnama lagi, cabaran hidup sayang akan bertambah, semestinya untuk jadi mummy pada our 'little man'. doa hubby, sayang akan terus tersenyum, kalau menangis, tadahlah airmata sayang dengan kesabaran, dan percayalah selalu, sayang adalah yang teristimewa di hati hubby, tiada taranya, tiada yang sebelumnya.
selamat hari lahir sayang...
jazakallah.