Tuesday, March 1, 2011

We're not in the same shoes...

Salam...

nota ini khas buat 2 orang sahabat saya...nama mereka akan saya sebutkan di penghujung nota ini. pertama sekali, salam buat kalian berdua...moga situasi sekarang adalah lebih baik berbanding beberapa jam dan detik2 yang telah lepas. sememangnya apa yang berlaku, bukan kehendak kalian, tapi percayalah...dugaan ini datang dan pergi, atas kehendak Illahi. tidak perlu cari cerita dan punca lain, sedarilah, bahawa ini telah tertulis.

kedua, maaf dari saya dan isteri, kerana tidak berkesempatan untuk tampilkan diri, beri sokongan secara zahiriah, tapi percayalah...dalam hati kami, sentiasa berdoa agar kalian sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi dugaan ini. insyaAllah, atas keizinan masa dan izinNya, saya dan teman2 yang lain akan cuba aturkan masa untuk kita semua berjumpa. moga memadai untuk ketika ini, hanya kata2, mahupun melalui perkataan yang boleh didengar dan dibaca dari saya, untuk kalian terus tabah.

ketiga, saya faham, teman2 awak semua faham, yang kini awak berdepan dengan situasi yang cuba melemahkan semangat awak, untuk awak lalui dah akhiri setiap usaha yang telah kalian berdua mulakan. ada di kalangan teman2 awak pun dah mula sedih tanpa kata, cuba bayangkan kalau kami semua berada di tempat kalian. harapan kami, moga niat dan impian murni ini akan dapat diteruskan.

pesan saya...untuk kalian, tiada yang lebih indah melainkan kesabaran dan ketenangan menjadi paksi di hati. niat awak berdua sangat baik, dan sangat suci di sisi Allah SWT. insyaAllah, niat yang baik, akan sentiasa direstuiNya. saya, dan teman2 yang lain, akan setia di sini, mengharapkan detik 12 hari dr hari ini akan terus menjadi kenyataan.

buat Izzam & Jaja..even we're not in the same shoes, kami tetap merasa apa yang kalian rasa. be strong, and always believe in yourself, insyaAllah everything will be fine. May Allah bless both of u.

taken from my library...


4 comments:

MiSz JaJa said...

zz, tq so much...kami berdua akan sentiasa kuat menghadapi dugaan nie..setiap aper yg berlaku pasti ada hikmahnyer kan..terima kasih banyak2 sentiasa beri support kat kami..

ZZnoor said...

welcome jaja...ye, stiap yg berlaku..pasti ade hikmahnya...so, s mentioned by my pwincezz...awk free tak ptg ni?

MiSz JaJa said...

free free..tak sabar nak jumpa korang...korang org terawal yg jaja pk ms dapat news ezam 2...harus bersama korg ptg nie..

UrBelovedWiffy said...

Hubby, sedih lak sayang bce n3 ni..huhu..kata2 hubby mmg xleh blah dr dlu lgi..hope jaja n ezam sentiasa koat & sihat kn..Allah pasti slalu melindungi mereka..sayang sahabat kita..huhu..

ptg ni kta jmpe kt wendyz mont kiara..nk sgt hug jaja...