Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

assalamualaikum...hatiku tertarik bila membaca entry kakak aku, galuh cendra kirana http://galuhcendrakirana.blogspot.com/2010/08/marah-dan-sayang.html . pagi2 lagi aku dah bukak blog dia dan coretannya buat aku terfikir betapa sikap manusia boleh digambarkan dengan kata2.

melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri benar2 mampu buat kita berfikir bahawa kita hanya manusia biasa dan pinjaman di dunia. menyedari realiti situasi yang berada di depan mata kita sendiri, kalau ada benda yang tak betul mesti ada sebabnya. tapi apa yang paling penting? bersyukur seadanya anugerah buat diri kita.

tak kisahlah kepada siapa pun entry tu ditujukan, tapi yang pastinya ia jua pesanan untuk kita sesama manusia. bila membaca, jangan fikirkan orang lain, tapi lihat diri kita sendiri dan insyaAllah...kita mampu muhasabah dan alami perkara2 yang baik pada masa akan datang.

sempena bulan ramadhan ni, khas buat family2 yang tercinta, yang pastinya family aku dah bertambah skang ni, alhamdulillah. juga untuk para sahabat, jauh dan dekat, 'aku ada' followerzz, viewerzz, dan teristimewa buat isteri tercinta, Zarith Sofia Zolkipli...mohon maaf atas segala khilaf, dalam sedar atau tidak. moga ramadhan kali ni lebih bermakna dan yang terindah buat kita semua. insyaAllah.

selamat menyambut ramadhan al-mubarak & selamat berpuasa.

jazakallah.

1 comment:

my-niezzareena said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa.